Tragedi Viking melanggar Andalus

Tragedik Viking

Siapakah bangsa Viking?

Secara umum, Viking merupakan satu klan yang berasal dari Utara Eropah disekitar wilayah Scandanivian kini iaitu Sweden (Swedish)[1], Denmark (Danish)[2] dan juga Norway (Norwegian)[3]. Mereka dikenali dengan pelbagai identiti seperti Northmen bermaksud orang dari utara, lordemanos atau lodimanos dirujuk pada dunia Kristian[4], Rus menurut catatan Ahmad Ibn Fadlan[5], dan Majus[6] menurut Muslim di Andalus yang merujuk kepada kaum menyembah api dan pagan.

Viking meluaskan pengaruhnya pada abad ke 7 – 10 melangkau jauh dari benua Amerika di utara sehingga ke timur tengah dengan berlayar. Secara fizikal, majoriti mereka berkulit putih, rambut berwarna coklat dan kuning. Mereka sangat mahir bertukang, dan membina rumah kayu dan kapal, petani dan nelayan, penjelajah, pahlawan dan pedagang yang hebat. Salah faham tentang tentera Viking adalah mereka memakai topi besi bertanduk. Ini adalah tidak benar![7]

Faroe_stamps_515-517_everyday_life_in_the_viking_age

Ancient

———————————————————-

Eropah dihantui kedatangan Viking

Penjelajahan Viking ke dunia luar melalui lautan dan sungai – sungai telah membawa kepada penjajahan. Pada tahun 800 – 1000 M Mereka telah meneroka ke utara Atlantik (Iceland) sehingga ke utara Amerika dan Canada, menuruni ke selatan iaitu Sepanyol sehingga ke Afrika Utara, ke sebelah timur hingga ke Rusia (Khazar dan Volga), Constantinople (Istanbul) hingga ke timur tengah. Wilayah – wilayah eropah menjadi kawasan sasaran mereka pada abad ke 7 seperti wilayah Britain, Wales, Scotland, Ireland, Frankish (Perancis), Sepanyol & Portugal (ketika itu Andalus), Jerman dan Itali.

firstacross_vikingexplorationroutes

Kehadiran Viking yang melanda pelusuk dunia eropah bersama ratusan kapal memberi gambaran jelas kedatangan tetamu yang tidak diundang ini akan keghairahan mereka. Apa yang berlaku? Setiap tempat singgahan mereka bakal menjadi padang jarak padang tekukur. Ramai nyawa yang melayang tidak kira wanita dan kanak – kanak, mereka bakal menjadi tawanan dan mangsa Viking, harta diangkut memenuhi kapal – kapal mereka dan bangunan – bangunan termasuk masjid dan gereja bakal dimusnahkan.

——————————————————–

Catatan Sejarahwan tentang Viking ke Andalus

Andalus, sebuah kerajaan Islam yang terbina dengan darah dan airmata di benua asing. Pada abad ke 7, Andalus seumpama sebutir permata, yang sedang digilap keagungan dan kegemilangannya. Terletak di benua eropah[8] yang meliputi negara Sepanyol, Portugal dan sebahagian Perancis. Nama Andalus, berasal dari nama Vandalusia iaitu satu suku Eropah orang – orang Vandal (Tanah Vandal) yang mendiami kawasan tersebut sejak abad kelima masihi.[9] Andalus juga membawa makna lembah hijau.

            Pelbagai versi, catatan sejarah dan manuskrip yang membuktikan kehadiran Viking ke dunia Islam. Di Andalus, Viking dikenali dengan panggilan Majus[10], persamaan yang diberikan kepada orang – orang Parsi, kaum yang menyembah api sebelum kedatangan Islam. Manuskrip lama berkaitan negara Islam Andalus, yang diperintah oleh Bani Umayyah sejak 92 H (711 M)[11] sangat terbatas. Namun beberapa rujukan ini, memberi mesej yang mendalam akan kewibawaan para sejarahwan Islam Andalus seperti Ahmad Ibn Ar-Razi (seorang Sejarahwan Ulung ketika itu), dan anaknya Isa Ibn Ahmad, Ibn Al-Qutiyya dan Ibn Hayyan al-Muqtabis, Ibn Idhari Bayan, Ibn Habib dan Tammam Ibn Al-Qama[12].

al-andalu

     Manakala catatan dalam beberapa manuskrip Kristian juga disebutkan tentang ancaman Viking ke Semenanjung Iberia seperti Annales Bertinian dan Asturian Chronicles[13] dan beberapa lagi. Dalam penulisan ini, saya akan merujuk berdasarkan beberapa versi daripada sejarahwan Islam untuk mendapat informasi dan memberi gambaran tragedi Viking melanggar Andalus pada tahun 229 H (844 M) dan kali kedua pada tahun 244 H (859 M) melalui catitan orang Andalus.

Penulisan dibawah ini adalah peristiwa sejarah pada tahun 844 M, dan bukanlah terjemahan catatan sebenar para sejarahwan.

————————————————————————–

Andalus, dilanggar Viking!

Tahun itu 229 H (844 M). Zaman Abdul Rahman II (822 – 852 M), Amirul Muslimin Kerajaan Islam Andalus.

Andalus, digegarkan dengan serangan perajurit Viking di wilayah Asturius, utara Galicia iaitu Gijon (Sepanyol), selepas itu kapal – kapal orang utara tersebut menyeberangi lautan Atlantik dan menyerang Ishbunah (Lisbon) pada awal bulan Dzulhijjah dan menakluk kota tersebut dari tangan orang Islam. Mereka menduduki kota tersebut selama 13 hari dengan menghadapi 3 kali pertempuran dengan penduduk tempatan muslim.[14]

            Mereka bergerak sepantasnya bagai ribut melanda ke Cadiz, dan tiba di wilayah Sidonia. Tentera Muslimin diketuai Lubb b. Musa mempertahankan kawasan tersebut. Isa Ibn Ahmad, seorang sejarahwan terkenal Andalus pada masa itu, mencatatkan tempat pertama orang – orang Viking berlabuh di Isle Qabtil (Isla of Menor) sekitar sungai Wadi al-Kabir (Guadalquivir) dan mereka menghantar 5 buah kapal dan berperang dengan orang Yaman Yahsub Bani Ma’di yang menetap di Coria. Kesemuanya terbunuh. Pada hari ketiga, selepas menduduki Qabtil, sasaran seterusnya adalah Kota Ishbiliyyah (Seville).

Amir Abdul Rahman II menerima surat dari Gabernor Ishbunah (Lisbon), Wahballah Ibn Hazm mengkhabarkan 44 kapal perang Viking dan 44 bot berlabuh di pelabuhan Lisbon, menurut catatan Ibn Hayyan menyebut 54 buah kapal. Dengan segera, Amir Abdul Rahman II mengutuskan surat ke seluruh pelusuk wilayah Andalus akan ancaman besar yang bakal mereka hadapi.[15]

            Menurut Ahmad Ibn Ar-Razi pada hari ke 14, bulan Muharram 230 H (10 Okt 844 M), Kapal perang Viking merentasi sungai Wadi al-Kabir (Guadalquivir) menuju ke Madinah Ishbiliyyah (Kota Seville). Kota Seville merupakan kota besar yang maju, ibu kota pertama selepas kejayaan pembukaan Islam ke Sepanyol tahun 711 M oleh Tariq Ibn Ziyad. Abdul Aziz Ibn Musa Ibn Nusayr, merupakan wali Andalus pertama pada zaman Khalifah Sulaiman Bani Umayyah di Seville sebelum berpindah ke Qurtubah (Cordoba, Sepanyol) pada tahun 717 M.

      Mereka siap mendarat di Pelabuhan Ishbiliyyah (Seville) yang mana kebanyakan penduduk telah pergi meninggalkan kota tersebut pergi ke Kota Qarmunah (Karmona) utara Seville, berlaku beberapa pertempuran dan pertahanan daripada pihak muslimin. Viking menawan kota dengan mudah. Selama 7 hari, orang – orang Viking menjarah bumi Seville, masjid dan gereja dengan membunuh lelaki, wanita dan kanak – kanak, merampas segala harta dan benda naik ke kapal – kapal mereka dan bergerak semula ke Pulau Qabtil[16].

Sea-faring Danes depicted invading England. Illuminated illustration from the 12th century Miscellany on the Life of St. Edmund. Pierpont Morgan Library.

      Mereka berkhemah di Pulau Qabtil semula, dimana semua tahanan (tawanan) dikumpulkan untuk dijadikan bahan strategi jahat mereka supaya penduduk Seville datang mendapatkan ahli keluarga yang ditawan, tetapi sebaliknya tiada siapa datang menuntut. Lalu, orang – orang Viking kembali semula ke Kota Ishbiliyyah (Seville) dan mendapati ada sebilangan menyerah diri dijadikan tawanan. Di masjid Jamek Ishbiliyyah, berlaku serangan daripada Muslimin yang berkubu di situ. Mereka dikepung dan gugur syahid. Masjid itu dikenali dengan panggilan Masjid Syuhada’.[17]

            Amir Abdul Rahman II, putera Andalus mempersiapkan skuad khas diketuai Muhammad Ibn Said Ibn Rustum dan mengarahkan seruan perajurit-perajurit mujahidin daripada Cordoba untuk berkhemah di Al-Jarafe (Alcor, Seville). Beliau mengutuskan surat kepada gabernor – gabenor di Andalus dan melaungkan seruan jihad bagi mempertahankan negara daripada bahaya anasir luar. Rakyat datang dari pelbagai daerah dan kampung berkumpul di Qurtubah (Cordoba), diketuai Panglima Abdul Rahman II, iaitu Yunus Ibn Abul Fath yang mengetuai perajurit muslimin ke Al-Jarafe.

vikings_tv_review_a_l

The Vikings – Travis Fimmel (RAGNAR), Gustaf Skarsgard (FLOKI) & Vladimir Kulich (ERIK) picturedPhoto by Jonathan Hession / HISTORY Copyright 2011

jIHAD

Amir Abdul Rahman II, mengumpulkan kekuatan muslimin dan penduduk Andalus bagi menghadapi Viking.

              Ibn Said Ibn Rustum, dan skuad khas bakal berhadapan dilapisan pertama dengan mengatur strategi dan perangkap di bibir sungai. Tentera Viking beranggapan skuad Ibn Rustum sedikit dan lemah, lalu mereka mengejar sehingga ke Taylatah (Tejada). Pada hari Jumaat 9 Safar 230 H Viking diserang dan terperangkap lalu berlakulah pertempuran dua pihak. Dengan izin Allah, pertempuran ini berpihak kepada kaum Muslimin, memberi kejutan dan amaran kepada Viking untuk berundur dari tanah Andalus. Ketua mereka terbunuh, dan ribuan pengikut – pengikutnya turut sama terkorban, dan 400 lagi ditawan, dengan meninggalkan 30 buah kapal lalu dibakar. Berita kemenangan Muslimin Andalus mengalahkan tentera Viking tersebar dengan cepat ke seluruh benua eropah dan sampai ke pengetahuan Amir Barbar di Afrika Utara, Aflah Ibn Abdul Wahhab (Kerajaan Rustam di Tahert) merupakan sekutu Umayyah Kerajaan Andalus.[18]

            Sejak peristiwa tersebut, Amir Abdul Rahman II mengarahkan pembinaan kubu dan menara lebih kukuh mengelilingi Kota Seville, dan pelabuhan tentera[19] bagi mengawal pantai sekitar laluan persisir lautan berdekatan. Kejutan Viking menyerang Andalus menjadi satu mimpi ngeri Muslimin di Andalus seumpama Tar Tar Mongol melanggar Kota Baghdad pada tahun 655 H (1258 M). Kebimbangan penduduk Andalus kembali tenang, selepas Viking dikalahkan.

Namun pada tahun 244 H (859 M), Viking kembali bersama kapal – kapalnya hingga ke Nakur di Maghribi.

————————————————————————–

Ibrah:

  • Umat Islam sentiasa diancam, dari depan, belakang, atas bawah, kiri dan kanan. Kita perlu bersedia menghadapi dengan ilmu yang mantap, iman yang teguh dan amal yang istiqamah.
  • Keberanian semata – mata tidak mampu mengalahkan sesiapa, walaupun orang yang lemah. Namun keimanan adalah bentang paling kuat untuk menundukkan kebatilan walaupun terkorban.
  • Bangsa Viking, adalah satu klan yang hebat dalam pelayaran dan pertukangan. Bahkan mereka mempunyai semangat yang kuat untuk menjelajah ke pelusuk dunia walaupun terpaksa meredah lautan Atlantik Utara, Baltik, Utara (lautan bergelora).
  • Sejarah membuktikan, hubungan antarabangsa antara dunia Islam dan luar begitu dinamik dan saling berpaut. Jaringan ini, membawa kepada pembinaan sebuah tamadun yang hebat.

Sedikit perkongsian, dari penulis yang faqir. Mohon tegur apa – apa kesalahan dan kelemahan adalah daripada pihak penulis. Yang Maha Hebat itu Allah.

Salah silap mohon tegur

73_1

Selimutsura@http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

——————————————————————

[1] https://sweden.se/society/history-of-sweden/

[2] http://www.visitdenmark.com/a-z/6238/2826

[3] http://www.fjordnorway.com/top-attractions/vikings

[4] Victor Emanuel Aguirre, The Viking Expeditions To Spain during the 9th Century, Odense (2013).

[5] Ahmad ibn Fadlan ibn al-`Abbas  ibn Rashid ibn Hammad merupakan utusan atau wakil Khalifah al-Muqtadir Abbasiyyah ke negara Volga, Bulgars (Rusia). Catatan beliau yang sangat terkenal adalah Ar-Risalah Ibn Fadlan mengisahkan pengembaraan beliau bertemu dengan sekumpulan Viking.

[6] Elsa Raquel Fernandes Cardoso, Diplomacy and oriental influence in the court of Cordoba (9 – 10th), Lisbon (2015).

[7] Boleh tengok video di link http://www.fjordnorway.com/top-attractions/vikings & web : http://www.visitdenmark.com/a-z/6238/2826

[8] Aidil Adha Sulaiman, Dari Andalusia ke Amerika, Karya Bestari (2015).

[9] Chejne dan Anwar G, Muslim Spain: Its History and Culture, Minneapolis: The University of Minneasota
Press (1974).

[10] Elsa Raquel Fernandes Cardoso (2015).

[11] Albert F. Calvert, Moorish Remains in Spain, John Lane Company (Digitized by University of California).

[12] Victor Emanuel Aguirre (2013).

[13] Ibid

[14] Catatan Ahmad Ibn Muhammad Ar-Razi, Sejarah Para Amir Andalusia (History of Emirs of Andalus).

[15] Ahmad Ibn Ar-Razi.

[16] Isa Ibn Ahmad. Tokoh Sejarahwan Andalus, juga anak Ahmad Ibn Ar-Razi.

[17] Ibid

[18] Catatan Ahmad Ibn Muhammad Ar-Razi. Tokoh hebat sejarahwan Andalus.

[19] Catatan Ibn Al-Qutiyya

Muka depan

Imam Baqi Ibn Makhlad al-Andalusi : Mengemis ilmu dari Sepanyol ke Baghdad

Siapakah beliau?

Sudah pastinya kita tidak pernah tahu siapakah Imam Baqi Ibn Makhlad al-Andalusi? Apatah lagi mendengar kisahnya yang sangat masyhur dikalangan ulama’ dan ahli ilmu, juga para pencinta sejarah Islam Andalus. Para penuntut ilmu hadith, sangat malu jika anda tidak mengenalinya, sejarah, peribadi dan akhlak beliau.

Beliau juga dikenali dengan nama Abi Abdur Rahman Baqi Ibn Makhlad al-Andalusi al-Qurtubi, juga seorang Tabi’ At-Tabiin.

Ulama’ mufassir dan alim hadith tersohor ini lahir di bumi Qurtubah (kini Cordoba) pada bulan Ramadhan abad ke 7, 201 H (816 M) seratus tahun selepas pembukaan wilayah Semenanjung Iberia kini Sepanyol dan Portugal oleh Tarik Ibn Ziyad, Musa Ibn Nusayr dan pasukan muslimin pada tahun 92 H bersamaan 711 M pada zaman Khalifah Umawi, Al-Walid Ibn Abdul Malik.

Muka depan

———————————————————-

Penjelajahan ilmu

Pada usia muda beliau, gigih mempelajari ilmu hadith di ibu kota Islam Umawi II iaitu Cordoba daripada gurunya Muhammad Ibn Isa al-A’sha dan Yahya al-Masmudi. Pada ketika itu Masjid Jamek, Cordoba merupakan pusat tumpuan para ilmuan, dan tempat berlakunya integrasi dan toleransi ilmiah terkemuka dunia di eropah dan maghrib al-Aqsa. Institusi ilmu di Cordoba, sebaris dengan kota-kota ilmu yang lain seperti Makkah & Madinah, Kota Baghdad, Kota Damsyik, Kota Qairawan dan lain – lain membentuk satu jaringan merentasi benua.

Diriwayatkan, beliau telah melakukan 2 siri penjelajahan ilmu secara solo dengan berjalan kaki tanpa menunggang apa-apa kenderaan dan haiwan ketika itu. Siri pertama pada awal usia 20-an selama 20 tahun, dan siri kedua mengambil masa lebih 14 tahun.

Menyeberangi selat Jabal Tarik (kini Gibraltar), beliau mengembara dan bertalaqqi ilmu bertemu dengan para alim di Afrika, Mesir, Makkah, Madinah, Damsyik, Baghdad, Basrah dan Kufah (Iraq). Diceritakan beliau duduk, mencari dan mengumpulkan ilmu-ilmu hadith daripada lebih dari 280 masyaikh (para alim).

Peta Imam Baqi

Antara guru-gurunya ialah Al-Allamah Sahnun Ibn Said, Awn Ibn Yusuf, Yahya Ibn Bukayr, Ibrahim Ibn Muhammad al-Makki, Salmah Ibn Syabib, Ibrahim Ibn Mundhir al-Madani, Abu Mus’ab al-Zuhri, Safwan Ibn Soleh al-Dimashqi, Yahya Ibn Abdullah al-Himmani, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Ahmad Ibn Ibrahim al-Baghdadi, Khalifah Ibn Kayyat, Abu Bakr Ibn Abi Syaibah dan banyak lagi Rahimahumullah ajmain.

Penjelajahan Imam Baqi Ibn Makhlad bukanlah semata-mata kembara menuntut ilmu, bahkan usaha beliau mengumpulkan hadith-hadith, dan ilmu – ilmu yang lainnya menjadi inspirasi dan refleks kepada pembangunan tamadun insaniah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah di Andalus (eropah). Beliau juga membawa pulang khazanah ilmu “seumpama segunung emas” dari barat hingga jauh ke timur dikumpulkan, dan dibahagi-bahagikan kepada semua orang.

Beliau memperkenalkan dua kitab besar yang lengkap, menjadi bahan rujukan dan perbahasan ilmu di Kota Cordoba iaitu Mushannaf Abi Syaibah dan al-Umm karangan Imam As-Shafie rahimahumullah. Sehinggakan, berita tersebut mendapat perhatian oleh Amir Cordoba bagi memperoleh kesahihan dan betapa autentiknya kitab tersebut akhirnya Amir Muhammad Umawi memerintahkan kitab itu disalin dan disebarkan.

Amir Muhammad I Ibn Abdul Rahman (238 – 273 H/ 852 – 886 M), pemerintah Andalus memberi sokongan yang kuat kepada beliau dengan kata – katanya :

“Sebar luas ilmu pengetahuanmu tentang hadith, dan semarakkan apa saja kerja – kerja berkaitan hadith tanpa halangan.”

Kesungguhan dan kegigihan beliau dalam ilmu hadith membuahkan hasil apabila terbinanya Dar al-Hadith al-Qurtubah (Akademi Hadith). Beliau dijemput oleh Allah pada bulan Jamadil akhir di Cordoba pada tahun 276 H/ 889 M.

47_thumb

Kehebatan beliau diakui oleh para ulama’ pada zamannya dan kini.

Imam Ibn Hazm Al-Andalusi Az-Zohiri ada menyebut, Tafsir Imam Baqi dan Tafsir Ibn Jarir At-Tobari merupakan 2 kitab tafsir yang sangat hebat, namun kitab Tafsir Imam Baqi ada keistimewaannya. Musnad Imam Baqi pula, mengumpul banyak fatwa para sahabat radhiyallahuanhum dan tabiin. Keistimewaannya beliau lebih dhobit, tsiqah, dan itqon berbanding mushannif yang lain sebelum dan pada zamannya.

Imam Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata Imam Baqi adalah seorang imam, mujtahid, soleh, robbani, sentiasa benar, mukhlis, sangat alim pada zamannya dan tidak ada seseorang yang menyerupainya, beliau sendiri memberikan fatwa-fatwa hadith dan tidak bertaklid kepada sesiapapun.

——————————————————–

Mengemis ilmu dirumah Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah

Kisah ini sangat masyhur.

Di Baghdad ketika ini, berlaku fitnah yang sangat besar terhadap Al-Allamah Al-Hafiz Imam Ahmad Ibn Hanbal. Tersebarnya fahaman “Al-Quran itu makhluk”. Kita kini mengenali beliau sebagai salah seorang Imam besar 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Imam mazhab Hanbali.

Imam Ahmad bin Hanbal dipaksa untuk tidak berjumpa dan bermuamalah dengan masyarakat Baghdad, juga tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk solat berjemaah di Masjid. Beliau di “band” daripada menyampaikan syarahan dan ceramah oleh pemerintah dan orang – orang yang cuba menjatuhkannya.

Pada suatu hari, Imam Baqi Ibn Makhlad masuk ke Masjid Jamek Baghdad dan mendengar syarahan ilmu yang disampaikan oleh seorang ulama’ besar Yahya Ibn Ma’in, dikelilingi ramai orang. Setelah selesai kuliah, Imam Baqi bertanyakan soalan tentang rijal fil hadith (periwat hadith) Hisham Ibn Ammar.

Yahya Ibn Ma’in menjawab, dia seorang yang tsiqoh, dan sangat tsiqoh, Imam solat di Damsyik, jika dirinya memakai pakaian hebat mendedahkan kepada sifat kibr, tidakkan akan mengurangkan kelebihan dan kemuliaannya.”

Lalu ditanya lagi oleh Imam Baqi, apa pendapatmu tentang Imam Ahmad Ibn Hanbal?” Soalan itu adalah untuk menguji Yahya Ibn Ma’in samada beliau berani untuk membela saudaranya atau bimbang kepada hukuman kerajaan.

Yahya Ibn Ma’in menjawab, “tentang Ahmad Ibn Hanbal. Beliau adalah Imam (guru) kepada orang Islam, dan beliau adalah yang terbaik dikalangan umat Islam.”

Selepas itu, Imam Baqi Ibn Makhlad bergerak menuju ke kediaman Imam Ahmad Ibn Hanbal dan menemuinya. Imam Baqi mengetuk pintu, dan Imam Ahmad membuka lantas bertanya,siapa kamu? Nampak asing (bukan dari Baghdad). Dari mana?”

“Saya datang jauh, dari tempat yang jauh di barat (Magrib)”. Jawab Imam Baqi.

“Dari Maghrib? Dari Maghrib al-Aqsa? (Barat yang jauh), Dari negara Andalus?” Bertanya Imam Ahmad.

Imam Baqi menjawab, ya saya datang dari Andalus”.

“Apa yang kamu mahu dariku?” Balas Imam Ahmad.

“Aku ingin menuntut, meriwayatkan hadith dari padamu.” Jawab Imam Baqi.

“Bukankah kau tahu, aku tidak dibenarkan untuk menyampaikan hadith?” Kata Imam Ahmad, lantas Imam Baqi membalas. Ya, tahu”. Imam Ahmad mengulangi kembali, aku tidak boleh menyampaikannya”.

Apa kata Imam Baqi.

“Aku boleh datang setiap hari ke rumahmu dengan berpakaian (menyamar) sebagai seorang pengemis, dan memintamu sesuatu untuk diberikan demi mendapat ganjaran dari Allah, maka kau bukalah pintumu untuk ku menadah satu, dua hadith darimu.”

Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah, menerima keikhlasan Imam Baqi. Dan setiap hari, beliau menyamar berpakaian sebagai pengemis dan menuntut hadith selama masa Imam Ahmad Ibn Hanbal dibebaskan dari tuduhan dan bersih dari segala fitnah pada zaman Khalifah al-Mutawakkil billah Abbasi, dan diterima untuk menyampaikan kuliahnya di masjid semula.

Tidak ada anak murid yang paling dekat di sisi Imam Ahmad ketika bersyarah di masjid, kecuali tempat itu untuk Imam Baqi Ibn Makhlad rahimahullah, atas keyakinan dan kecintaannya terhadap ilmu.

———————————————————————

Ibrah:

  • Kita dituntut untuk mencari ilmu sehingga ke liang lahad.
  • Rasa hormat terhadap ilmu dan orang yang menyampaikan ilmu iaitu guru.
  • Pengembaraan adalah guru terbaik untuk mengajar tentang kehidupan.
  • Menyampaikan ilmu walaupun hanya sekecil kerikil, sptmn Sabda Rasulullah SAW “Ballighu Anni walau ayah”.

Sedikit perkongsian, dari penulis yang faqir lagi lemah.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Atiyh 4 – Tersungkur Gothik, di lembah keangkuhan

Tersungkur Gothik, di lembah keangkuhan

 aNDALUSKU

Ibn Zyad bingkas berkata di Jabal Tariq :

“Wahai kaumku (dikalangan lelaki), dihadapan kamu adalah musuh, manakala dibelakang kamu adalah lautan. Demi Allah! Kamu tidak dapat lari kemana – mana melainkan kemenangan ataupun syahid”.[1]

Raja Luderik (Rodrigo/Roderic), Sang raja Visigotik berpusat di Toledo mendengar khabar bahawa Muslimin telah pun mendarat di Selatan Sepanyol. Walaupun dirinya adalah Raja Visigotik namun wilayah selatan Sepanyol pula (Cartagenesa dan Baetica) hak autonomi dipegang oleh kerabatnya iaitu Tudmir (Theodemir) yang berpusat di Murcia manakala di Utara sebelah Timur (Septimania dan Tarraconesa) di kuasai oleh kerabat Achila[2]. Konflik dalaman antara para pemerintah Visigotik serta permusuhan dengan Kerajaan Basque di Pyreneese, memberi signal penting akan kelemahan mereka[3]. Bahkan kebanyakan penduduk Yahudi dan Kristian tidak menyukai polisi Raja Luderik yang menindas

WKe89

Tariq Ibn Zyad rahimahullah dan Muslimin bergerak dari Jabal Tariq, dan menghantar pasukan ke daerah Cartaja (Carteya) dan Al-Khadra’ (Algecires), lalu menguasai dengan mudah. Pasukan Tariq Ibn Zyad telah bertembung dengan pasukan Tudmir (Pembesar Visigotik Murcia) lalu mereka dikalahkan berdekatan Algecires. Selepas 2 bulan, Muslimin berjaya menguasai sebahagian kecil Selatan Sepanyol dari Tarifa sehingga ke Carteya. Lalu Tudmir menghantar utusan memohon bantuan Raja Luderik.

Mendengar berita tersebut, Raja Luderik telah mengerahkan 60,000[4] – 100,000 tentera dan berkumpul berdekatan lembah Guadalete atau Wadi Lakka[5] (Barbate). Panglima Tariq mengutus surat kepada Musa Ibn Nusayr di Qayrawan, Tunis bagi meminta pasukan tambahan bagi menghadapi Visigotik. Pasukan tambahan seramai 5000 muslimin, tiba dan bergabung dengan pasukan Tariq. Pertempuran ini bakal menyaksikan pertembungan hebat antara kedua belah pihak berdekatan utara Madinah Siduniyyah (Sedonia).

10-Wadi-Barbate-Guadalete

Perang Wadi Lakka, berlaku pada bulan Ramadhan 92 H (ada catatan menyebut 28 Ramadhan tahun 92 H bersamaan 19 Julai 711 M) antara Muslimin dan Kristian Gotik. Pertemuan mereka berdekatan Wadi Lakka (kini Guadalete), pasukan Visigotik diketuai sendiri oleh Raja Luderik, dan bersamanya Oppa[6] dan Sisbert[7]. Pertempuran hebat ditempuhi Tariq Ibn Zyad dan para mujahid rahimahumullah, seumpama Badar Al-Kubra. Hari demi hari mereka berlawan, dan akhirnya Allah Taala memberikan kemenangan kepada Muslimin selepas 7 hari dalam medan perang, sehingga Raja Luderik melarikan diri dan turut terbunuh bersama baki tentera ke arah sungai. Kaum Yahudi Sepanyol banyak membantu Muslimin menewaskan Kerajaan Gotik, kemarahan mereka kepada Raja Luderik tidak dapat disangkal.[8]

            Tariq Ibn Zyad dan para Mujahid meneruskan penjelajahannya ke utara Sepanyol, Oppa melarikan diri Kota Toledo. Beliau membahagikan Skuad besar Muslimin kepada beberapa pasukan. Seramai 700 anggota tentera Muslimin bergerak ke Qurtubah (Cordoba) diketuai oleh Panglima Mugith Ar-Rumi. Manakala 2 pasukan lagi menuju ke Mallaqah (Malaga) dan Elvira, sehingga ke Gornatoh (Granada). Panglima Tariq pula menuju ke Ibu Kota Visigotik iaitu Tulaytulah (Toledo) lalu membukanya pada tahun 711 atau 712 masihi[9]. Kebanyakan bandar – bandar dan kota – kota kosong ditinggalkan orang – orang besar Visigotik. Penduduk tempatan yang terdiri daripada Kristian dan Yahudi menerima kedatangan Muslimin ke kota – kota mereka dengan baik.[10] 

el_final_de_don_rodrigo_el_ataque_musulman_2000x814

Tariq dan Para mujahid bertembung dengan pasukan Visigotik di Wadi Lakka.

el_final_de_don_rodrigo_la_derrota_visigoda_2000x814

Raja Luderik melarikan diri, dan tewasnya sang Raja yang sombong.

Melihat kemenangan yang dipimpin oleh Tariq Ibn Zyad dan sahabat – sahabatnya, Pada bulan Ramadhan tahun 93 H bersamaan Jun 712 M, Musa Ibn Nusayr, dan anaknya Abdul Aziz bersama 18,000[11] muslimin (dari tanah Arab-Yaman[12]) mendarat di Cadiz, Sepanyol menyertai Tariq dalam misi jihad di Andalus. Kemenangan ini telah menggembirakan Khalifah Al-Walid I, daulah Islam Bani Umayyah kini menguasai negara paling barat iaitu Ishbaniyyah (Sepanyol) dan paling Timur sejauh Sind (India). Musa Ibn Nusayr membuka Kota Ishbiliyya (Seville) selepas 3 bulan[13] mengepung kota tersebut, dan memberi hak kepada orang Yahudi mengambil alih. Anaknya Abdul Aziz b. Musa juga bergerak dengan pasukannya ke arah timur (Malaga, Granada dan Orihuela).

Umayyads

Kehilangan Raja Luderik, dan golongan aristokrat mengakibatkan Kerajaan Visigotik di semenanjung Iberia keseluruhannya runtuh tanpa ada sesiapa yang mempertahankannya. Bangunan dan kubu – kubu besar tidak lagi dikawal, Kekalahan Visigotik di Wadi Lakka (Barbate) merupakan “turning point” sejarah Islam dan dunia. Dahulunya sebuah negara Kerajaan Kristian Rom iaitu Visigotik, siapa sangka bumi Sepanyol bakal bertukar menjadi serambi Makkah di eropah selama lebih 500 tahun.

Benarlah Firman Allah Taala dalam surah Ali Imraan (26) yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Allahuakbar!!! La Haw La wa la Quwwata illa billah.

——————————————————————

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

——————————————————————–

[1] Albert F. Calvert, Moorish Remains in Spain, John Lane Company (Digitized by University of California)

[2] Penemuan duit Achila di Narbonne, Gerona, Tarragona dan Zaragoza.

[3] Roger Collins, Visighotic Spain 409 – 711, Black Well Publishing (2004)

[4] Arshad Gamiet, Gibraltar to Granada, Islamic Tourism Autumn (2003)

[5] Abd Al Hakam dalam catatan Futūh Misr, perang itu berlaku di Medina Sidonia atau Shedunya. Manakala yang lain menyatakan di Wadi Lakka atau Guadalete.

[6] Bapa Sepupu Luderik, iaitu anak Raja Egica juga adik beradik Raja Wittiza.

[7] Arbishop Toledo.

[8] Raffar Mat, Kerajaan Khalifah Islam Pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin, HR Publishing (2015)

[9] Roger Collins, Visighotic Spain 409 – 711, Black Well Publishing (2004)

[10] Albert F. Calvert, Moorish Remains in Spain, John Lane Company (Digitized by University of California)

[11] Albert F. Calvert, Moorish Remains in Spain, John Lane Company (Digitized by University of California)

[12] Marilyn Penn Allen, Cultural Flourishing in Tenth Century Muslim Spain among Muslims, Jews, and Christian, A Thesis for Master of Georgetown University, Washington DC (2008).

[13] Ibid

Atiyh 3 – Jabal Tariq itu Gibraltar, Ibn Zyad

Jabal Tariq itu Gibraltar, Ibn Zyad

Atiyh 9

Lensa pergunungan dan keindahan muka bumi Maghribi, tidak jauh tumpahnya seperti Andalus (pengalaman penulis di Maghribi : 2007). Istana, masjid, madrasah, pasar, dan taman – taman sekitar tinggalan kerajaan – kerajaan yang pernah memerintah Maghribi sebelum ini masih kekal dan indah terpelihara. Tiga kerajaan besar Islam asal Maghribi yang pernah bertapak di bumi Andalus seperti Kerajaan Murabitun[1] (1091 – 1147 M), Muwahhidun[2] (1147 – 1236 M) dan sebahagian kecil oleh Meriniyyun (sekitar 1280 – 1344 M). Mereka telah menyeberangi selat yang sama dilalui oleh Tariq Ibn Zyad Rahimahullah 400 sebelum mereka. Besar jasa kepada Islam dan umat!

DSCN1496

Gambar di Kasbah de Odayas, Rabat

Sekitar tahun 700 M, Semenanjung Iberia (Andalus) dikuasai oleh Kerajaan Goth[3] (Gotik) atau Visigothic yang merupakan kerajaan Rom Barat terkuat sekitar abad ke 5 – 7. Kawasan pemerintahannya meliputi sebahagian besar wilayah Perancis sehingga ke Portugal. Namun penguasaan kerajaan Kristian ini semakin mengecil kerana faktor persaingan kerajaan lain dan kelemahan pemerintah, ekonomi dan sosial pada akhir abad ke 7. Raja Roderick (Luderik) merupakan raja terakhir yang mewarisi kebesaran kerajaan Visigotik (710 – 711 M) selepas kematian Raja Wittiza (694 – 710 M) yang penuh konspirasi.

GothicEuropeFrankishDivision526

Hajat Khalifah Al-Walid I Ibn Abdul Malik (kerajaan Islam Umawi berpusat di Damsyik, Syria) untuk memperluaskan wilayah Islam ke Ibu Kota Rom melalui Sepanyol bakal menjadi kenyataan (selepas beberapa percubaan melalui pintu Konstinople gagal) apabila seorang kenamaan Visigotik iaitu Julian Count of Ceuta[4], seorang Gabenor Visigotik di Sabtah (Ceuta), Maghribi dan Al-Khadra’ (Algecires, Spain)[5] telah datang meminta bantuan Musa Ibn  Nusayr (Gabenor Islam Afrika) untuk menjatuhkan Raja Luderik dan kerajaannya di Sepanyol.

Raja Roderick, raja terakhir Kerajaan Gothik

Raja Roderick, raja terakhir Kerajaan Gothik

Raja Luderik terkenal dengan kezaliman, tamak kuasa dan harta sehingga rakyat hidup dalam penindasan. Bahkan, catatan sejarah menyebut, Florinda (anak Julian) yang kononnya dihantar belajar di istana Toledo telah dicabuli sendiri oleh sang raja[6]. Julian memberi kerjasama kuat dengan memberi bantuan kapal – kapal di pelabuhan Sabtah kepada Muslimin. Tugas berat ini, mendapat keizinan khalifah dan Musa Ibn Nusayr menggerakkan panglimanya Tariq Ibn Zyad dan Tarif Ibn Malik untuk memanfaatkan misi tersebut.

Jabal Tariq

Jabal Tariq, kini dikenali dengan nama Gibraltar mengabadikan nama Panglima Islam Tariq Ibn Zyad

Tarif Ibn Malik[7] (seorang Muslim Bar bar) telah dihantar sebagai agen perisik “intelligent” ke semenanjung Iberia. Ini memudahkan misi secara taktikal kekuatan dan kelemahan musuh dan lokasi strategik, jalan paling sesuai selepas menyeberangi lautan Gibraltar. Bersama – sama Tarif Ibn Malik dikatakan seramai 400 muslimin dan 100 ekor kuda[8], selepas beberapa bulan beliau pulang ke Tanjah membawa khabar dari penyiasatan yang dijalankan kepada Musa Ibn Nusayr. Satu lokasi bersejarah, di pesisir selatan Sepanyol dikenali dengan nama Tarifa bersempena nama tokoh Tarif Ibn Malik rahimahullah.

Tanjah (Tangiers), Sabtah (Ceuta), Jabal Tariq (Gibraltar) dan Tarif (Tarifa)

Tanjah (Tangiers), Sabtah (Ceuta), Jabal Tariq (Gibraltar) dan Tarif (Tarifa)

Panglima Tariq Ibn Zyad mempersiapkan kelengkapan perang, dicatatkan para perajurit Islam seramai 7000[9] orang terdiri daripada orang Bar bar, Arab dan Afrika. Beliau sebagai penguasa di bandarnya iaitu Tanjah[10], Morocco (Tangiers) mula bergerak ke Pelabuhan Sabtah (Ceuta) dimana pusat pelabuhan milik Count Julian. Peristiwa ini berlaku pada 7 Rejab tahun 92 H (bersamaan 30 April 711 M).

Tariq Ibn Zyad dan mujahidin belayar meninggalkan keluarga, harta dan kepentingan peribadi di tanah air, kecuali jasad dan nyawa demi menyahut seruan jihad fi sabilillah. Pastinya sepanjang pelayaran, para mujahid memikirkan hari – hari yang bakal mereka hadapi esok. Dari pelabuhan Ceuta, Muslimin  mendarat di sebuah tempat di mana terdapat satu bukit batu yang besar. Pemilihan tempat itu sangat strategik, kerana terlindung dari intipan musuh bahkan sesuai sebagai kubu pertahanan semulajadi. Bukit batu itu kini terkenal sebagai salah sebuah pusat tumpuan pelancongan yang terkenal di eropah iaitu Gibraltar, mengambil nama arab Jabal Tariq.

Europa-point-gibraltar-mosque

Bagi umat Islam, Jabal Tariq juga dikenali dengan nama Jabal Fatih adalah simbolik kemenangan, dan disinilah bermulanya sinar Iman menerangi ke serata bumi Sepanyol.

Tariq Ibn Zyad dan para Mujahid pun mara. Allahuakbar!

————————————————————————————————————————

[1] Aidil Adha Sulaiman, Dari Andalusia ke Amerika, Karya Bestari (2015).

[2] Ibid

[3] C. Jinarajadasa, The Moors in Spain (Adyar Pamphlets), Theosopical Publishing House (1932)

[4] Harold Livermore, The Twilights of the Goths : The Rise and Fall Kingdom of Toledo c 565 – 711, Intellect Bristol UK (2006).

[5] Ibn Abd Al-Hakam, The Islamic Conquest of Spain. http://legacy.fordham.edu/halsall/source/conqspain.asp

[6] Harold Livermore, The Twilights of the Goths : The Rise and Fall Kingdom of Toledo c 565 – 711, Intellect Bristol UK (2006).

[7] Ibn Abi Hashim Al-Muhajir, An Incomplete History : The Muslim of Spain Post – 1492

[8] C. Jinarajadasa, The Moors in Spain (Adyar Pamphlets), Theosopical Publishing House (1932)

[9] An Incomplete History : The Muslim of Spain Post – 1492

[10] Tracing the Footsteps of Tariq Ibn Ziyad, The Brunei Times Islamia (30.4.2010)

—————————————————————————–

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Atiyh 2 – Kuda – kuda perang Tariq, Siap Sedia!

Kuda – kuda perang Tariq, siap sedia!

Atiyh 32

Selepas era kegemilangan Khulafa’ur Rasyidun selama 30 tahun (632 – 661 M), empayar Islam meliputi hujung Azerbaijan sehinggalah ke pulau Cyprus[1]. Pernah dicatatkan, bahawa Saiyyidina Uthman Ibn Affan r.a (Khalifah Islam 23 – 35 H) pernah menghantar satu armada laut ke bumi Vandal (Andalus) dan bertempur dipesisirnya (rujukan nanti saya kemukakan). Jika benar, ini adalah siri pertembungan pertama Islam menjejakkan kaki ke Sepanyol yang dikuasai Rom.

Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda, menjadi sebab mengapa para sahabat, tabi’ dan tabiin bersungguh – sungguh  melaksanakan misi dakwah ke eropah.

Pertama hadis yang cukup masyhur, Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:

“Kota Konstantinopel akan dibuka. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya adalah sebaik-baik pasukan.”[2]

Beberapa kali skuad mujahidin sejak era Bani Umayyah (661 M – 750 M) dipersiapkan bagi menghadapi Kota Konstantiniyyah (kini Istanbul), hinggalah kota tersebut jatuh ke tangan Muslimin pada 29 Mei 1453 masihi[3] (selepas 800 tahun) bagi menjadi umat yang terbaik apatah lagi kata – kata tersebut disabdakan sendiri oleh insan agung ﷺ. Berdekatan tembok Konstantin – Byzantium bersemadinya jasad Abu Ayub Al-Ansari r.a ketika menyertai kempen jihad pada usianya 98 tahun[4] bersama para sahabiah yang lain ketika era Bani Umaiyyah.

Conquest_of_Constantinople,_Zonaro

Sultan Muhammad Al-Fatih, dan muslimin Uthmani berjaya membuka Kota Konstantinople dengan menukar namanya kepada Islambol.

Hadis yang lain juga, ada menyebut sepertimana Sabda Nabi ﷺ berkaitan pembukaan Islam di bumi Konstantiniyyah dahulu atau Rumiyyah yang maksudnya :

“ Abu Qubail berkata: Ketika kita sedang bersama Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia ditanya: Kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu; Konstantinopel atau Rumiyah?Abdullah meminta kotak dengan lingkaran-lingkaran miliknya. Kemudian dia mengeluarkan kitab.

Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah/Roma?Rasul menjawab, “Kota Heraklius dibuka lebih dahulu.” iaitu: Konstantinopel.[5]

(Hadis riwayat Imam Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Hebat, begitu yakin dan tinggi iman mereka, para sahabat terhadap sabda Baginda Nabi ﷺ, mereka buktikan kebenaran wahyu yang turun dari Allah S.W.T, Yang Maha Suci walaupun nyawa mereka dikorbankan. Kerajaan Bani Umawi, yang diasaskan oleh Sayyidina Muawiyah Ibn Abi Sufyan yang berpusat di Damsyik, Syria meneruskan kempen besar – besaran dakwah ke Timur dan Barat.

Peranan yang dimainkan oleh Uqbah Ibn Nafi’ Rahimahullah (670 – 683 M)[6], panglima perang Islam yang menyatukan kota – kota sekitar Afrika Utara (didiami bangsa Bar bar) dan pesisirnya dahulu dikuasai Rom, sehinggalah ke Maghribi. Ini memberi jalan mudah untuk misi seterusnya ke Andalus, 30 tahun berikutnya.

10

Pada awal abad ke 8, Musa Ibn Nusayr merupakan Gabernor Ifriqiyya[7] (Afrika) bagi kerajaan Bani Umawi di bawah Khalifah Al-Walid I. Kawasannya meliputi Maghrib Al-Aqsa iaitu Algeria, Libya, Tunisia, Maghribi, Sahara dan sebahagian Afrika tengah. Orang – orang Bar bar[8], banyak menyumbang dan menyokong pergerakan dakwah Islamiah sekitar Afrika, malahan mereka terpilih untuk membantu menyebar luaskan akidah Islam ke eropah melalui jalur perdagangan dan penjelajahan.

Firman Allah S.W.T, buat umat yang terbaik.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Surah Ali Imran: 110)

Musa Ibn Nusayr telah memberi kepercayaan yang tinggi kepada warga Bar bar, keikhlasan dan kesetiaan mereka berjuang untuk Islam. Didikan agama Islam yang mewarnai kehidupan mereka lebih baik, dimana sifat kepuakan dan asabiah juga membelenggu permusuhan sesama mereka sebelum Islam. Lahir dari bumi Bar bar itu seorang panglima yang soleh dan terkenal iaitu Tariq Ibn Zyad rahimahullah, yang berkhidmat sebagai Gabernor Tanjah (Tangiers, Maghribi) di bawah seliaan Musa Ibn Nusayr dan menunggu dengan sabar, misi yang bakal dilaksanakan.

0327b7841a91020cceee610b7266b23d

———————————————————————————————————

[1] Raffar Mat, Kerajaan Khalifah Islam Pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin, HR Publishing (2015).

[2] Al-Hakim, Mustadrak no. 8300 (Sahih). Az-Dzahabi, Talkhis Al-Mustadrak (Sahih). At-Tabrani, Al-Mu’jam Al-Kabir no. 1216. Imam Al-Bukhari, At-Tarikh Al-Kabir no. 1760. Al-Haithami, Majma’ Az-Zawaid no. 10384 dan As-Suyuti, Al-Jami’ As-Shoghir no. 7227 (Sahih).

[3] Bersamaan 20 Jamadil Awwal 857 H.

[4] Raffar Mat, Kerajaan Khalifah Islam Pemerintahan Khulafa’ur Rasyidin, HR Publishing (2015).

[5] Al-Hakim dan Az-Dzahabi (Sahih).

[6] Membuka Qairawan (670 M) sebagai pusat pemerintahan Islam di Afrika.

[7] Youssef M. Choueiri, A Companian to the History of the Middle East: Chapter 2 by Fred M. Donner, Blackwell Publishing (2005).

[8] Bangsa majoriti mendiami utara Afrika. Pengalaman penulis di Maghribi (2007), bahasa tutur asal Amazigiyyah, berwajah bujur, warna kulit sawa matang, berambut hitam (kebanyakan kerinting dan ikal mayang), sifat mereka agresif dan berani.

——————————————————————————————————

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Atiyh 1 – Andalus, yang kita tidak kenali

Andalus, yang kita tidak kenali

Atiyh 31

——————————————————————————————————————-

Andalus, sejarah dan kegemilangannya telah ratusan tahun meninggalkan umat dinihari. Ratusan kilometer bumi asing itu dari denyut Haramain (Makkah dan Madinah), sinar Ad-Din menyeberangi sahara dan membelah lautan luas sehinggalah kalimah syahadah membuka bumi itu dengan gemilang. Perajurit syahadah, radhiyallahu anhum dan sekalian rahimahumullah bersungguh – sungguh mengangkat Al-Quran dan As-Sunnah sebagai ketetapan ummatik dan universal yang menjulang bumi Andalus, dipersada dunia.

Andalus, merujuk ke satu kerajaan Islam unggul di benua Eropah[1] yang melingkungi negara Sepanyol, Portugal dan sebahagian Perancis pada satu masa. Nama Andalus, berasal dari nama Vandalusia iaitu satu suku Eropah orang – orang Vandal (Tanah Vandal) yang mendiami kawasan tersebut sejak abad kelima masihi.[2] Kerajaan Andalus, berdiri kurang 100 tahun selepas kewafatan baginda Rasulullah ﷺ pada 12 Rabi’ul awwal tahun ke 11 Hijrah[3] bersamaan 632 masihi.

535337_898752973579695_4061563598246342118_n

Perlu kita fahami, dan telusuri sejarah Islam yang bermula sejak abad ke 5. Nabi kesayangan kita Sayyidina Muhammad ﷺ dilahirkan di Makkah dan di maqamkan di Raudhah, Madinah al-Munawwarah. Selama lebih 20 tahun (622 – 632 M) baginda ﷺ memerintah Islam berpusat di Madinah, terdapat sebuah peristiwa yang menarik ketika mengharungi perang Khandak (al-Ahzab).

Dicatatkan dalam sejarah, ketika para sahabiah menggali lubang khandak ada seketul batu besar sukar untuk dipecahkan. Lalu salah seorang sahabiah ini pergi dan mengadu kepada Rasulullah ﷺ akan kehadiran batu besar tersebut. Baginda Nabi ﷺ lantas memegang penukul dan mengetuk dengan lafaz Bismillah. Pukulan yang pertama, menandakan kunci Kerajaan Syam (dikuasai Rom) akan jatuh ke tangan Muslimin. Pukulan kedua, menandakan kunci kerajaan Parsi (Kerajaan Majusi) juga turut jatuh ke tangan Muslimin dan pukulan ketiga menghancurkan terus batu tersebut menandakan kunci kerajaan Yaman juga bakal diberikan kepada umat Islam[4]. Pada zaman Nabi Muhammad ﷺ, hanya kunci kerajaan Yaman sahaja yang sempat Rasulullah ﷺ lihat, kunci kerajaan Syam dan Parsi pula ditawan hebat pada zaman Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab r.a yang digerakkan bermula zaman Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq r.a.

Misi dakwah ke serata ceruk timur tengah, membawa kepada pembukaan demi pembukaan sehinggalah pada zaman Kerajaan Islam Bani Umayyah (661 – 750 M), Sepanyol berjaya dibuka oleh Muslimin. Nama – nama seperti Tariq Ibn Ziyad (Komander Tanjah), Musa Ibn Nusayr (Gabernor), Tarif Ibn Malik, Mughits Ar-Rumi (Komander berkuda Tariq),  rahimahumullah jami’an. Rondaan bermula 91 H (710 M) membawa episod kemenangan pada tahun berikutnya[5] selepas mendapat kebenaran Khalifah ke-6 Bani Umawi Al-Walid I bin Abd Malik (705 – 715 M). Pada detik ini, empayar Islam meliputi sejauh barat di Sepanyol sehingga ke Sind (India, Pakistan, dan barat China), dan Transoxiana (Khurasan).

Andalus, perlu kita dalami dan fahami. Ia bukan hanya sekadar sejarah sebuah kerajaan tetapi gambaran tamadun dunia Islam yang merentasi landskap geografi, politik, ekonomi dan sosial namun mengaplikasi konsep negara Islam Madinah. Kepelbagaian agama dan bangsa, mereka bertaa’mul dalam mendirikan tempat teduh yang selesa, saling bertolak ansur dan bertimbang rasa serta saling melindungi antara satu sama lain. Ini merujuk kepada konsep “Taawwun” iaitu bantu – membantu. Kalimah “La Convivencia”[6] adalah hubungan agama dan budaya yang wujud 1000 tahun lampau di bumi Andalus merujuk kepada konsep “Taawwun”, berlaku adil kepada setiap jiwa tanpa prejudis dan fanatisme.

———————————————————————————————————-

[1] Aidil Adha Sulaiman, Dari Andalusia ke Amerika, Karya Bestari (2015).

[2] Chejne dan Anwar G, Muslim Spain: Its History and Culture, Minneapolis: The University of Minneasota
Press (1974).

[3] Safiyyu Rahman Mubarakfuri, Ar-Rakhikul Makhtum, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (2011).

[4] Safiyyu Rahman Mubarakfuri, Ar-Rakhikul Makhtum, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (2011), Sunan An-Nasai 2/56. Musnad Ahmad. Tarikh Ibn Hisham, 2/219.

[5] Jeffry R. Halverson, The Tariq Ibn Ziyad Master Narrative, Arizona State University (2011).

[6] Lindsey Vaughan, Convivencia : Christians, Jews and Muslims in the Medieval Spain, University of Tennessee Honors Thesis (2003).

—————————————————————————————————–

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Kesan Ibu Bapa Sibuk dengan Telefon Pintar terhadap Anak – Anak

a142322603-480x320

Pernahkah kita ambil tahu tentang perasaan anak – anak kecil bila ibu dan bapa sibuk melayan “facebook”, “chat”, “Insta”, “Blog”, “Twit” dan “Telegram” bila bersama mereka???

Apakah anak – anak merasai kehadiran mereka tidak penting???

Satu lakonan semula:

Seorang anak kecil yang comel, sedang bermain – main dan berlari – lari di taman. Sambil bermain gelungsur dan terus ke jongkang – jongket. Ayah yang menjaga terasa “kecomelan” anaknya yang sedang beriadah sendirian. Lalu dia pun tangkap gambar dan “Upload” ke dalam facebook miliknya dan menaip status “Membawa si jantung hati ke taman, meluangkan masa”. Seronok si bapa dengan Likes dan Comments dari teman – teman facebook.

Tetapi anak tersebut tetap bermain seorang.

Lebih membahayakan, kes anak hilang dan terjatuh (shopping mall dll).

Anak – anak adalah harta yang paling berharga. Gelak tawa, tangisan dan rengekan anak – anak juga merupakan terapi yang menenangkan bagi kita semua. Apatah lagi kesibukan ditempat kerja dan bebanan kewangan yang semakin serius diperingkat global dan tempatan yang mencengkam umat dunia masa kini.

Anak – anak adalah masa depan kita, saham akhirat!!! Pepatah Melayu ada menyebut “Melentur buluh biarlah pada rebungnya”. Namun rebung yang halus dan lembut ini tidak dimasak dengan betul dan dalam masa yang sesuai. Respon ibu dan bapa terhadap masalah penggunaan telefon pintar ketika bersama anak – anak adalah serius dan membimbangkan.

11231739_999194583425235_2769374726401902772_n

Proses kematangan anak – anak juga turut tercedera, dengan kerap kali mereka mahukan layanan manja dan belaian, pastinya ibu bapa tidak mengendahkan keberadaan mereka. Pemikiran budak kecil, begitu fokus dan halus dibimbangi dengan kurangnya sentuhan kasih – sayang dan perhatian boleh membantutkan daya keinginan berkasih – sayang mereka terhadap penjaganya.

Ibu bapa, seharusnya mengubah sikap mereka. Masa tumbesar anak – anak adalah singkat dan cepat. Perkembangan otak dan perasaan, memainkan peranan penting menuju kelangsungan  zaman remajanya. Didikan secara formal memang penting tetapi non-formal lebih penting kerana “apa yang mereka lihat dari ibu bapa, itulah jawapan dan ikutan terbaik dalam pandangan mereka”. Sebab itu ada pepatah “Bapa borek, anak rintik.”

Agama Islam jelas – jelas menganjurkan, menanam akidah yang kuat dalam diri anak – anak sejak dari dalam rahim. Jika kita pendamping zikir dan al-Quran, InshaAllah anak – anak juga akan rapat dengan zikir dan al-Quran. Menariknya, kelahiran dalam Islam dimulai azan dengan membesarkan Allah Taala, walaupun secara fizikal tidak nampak kesan luaran tetapi saya yakin jiwa anak – anak adalah sangat halus dan haus dengan nilai – nilai Islam.

Shape your childrens, dari sekarang!!! Jangan pinggirkan mereka, tetapi ambil peduli selagi Allah masih memberi kita masa untuk mendidik mereka dan menyayangi mereka.

Saya kongsikan satu artikel kajian barat berkaitan perkara ini, take it serius!!!

http://m.smartparenting.com.ph/parenting/pinoy-parenting/kids-feel-unimportant-when-parents-spend-too-much-time-on-their-phones-says-study

A global survey revealed that children feel unimportant when their parents spend too much time on their mobile phones.

The survey was done by AVG Technologies and was answered by more than 6,000 children ages 8- to 13-years old from Brazil, Australia, Canada, France, The United Kingdom, Germany, The Czech Republic and the United States.

Results show that 52% of children think their parents spend too much time on their mobile phones. For comparison, 54% of the parents agreed with their children and worried that they were setting a bad example.

The disheartening news is that 32% of the children felt unimportant when their parents used their phones during meal times, conversations, when watching television, and playing outside.

“I do feel like the balance between the degree to which I use my mobile device to stay connected to work and my ability to be more present, available to my family, is quite out of balance,” said one of the parent respondents.

Tony Anscombe, Senior Security Evangelist at AVG Technologies, mentioned another figure to consider. 25% of parents also wished that their child reduced their device usage. With this, he advised parents to lead by example.

“With our kids picking up mobile devices at an increasingly younger age, it is really important that we set good habits within the home, early on,” he said.

“Children take their cues from us for everything else, so it is only natural that they should do the same with device use.”

Sources:
July 2, 2015. “Kids Feel Unimportant to Cell Phone-Addicted Parents”. parenting.com
July 1, 2015. “Children Say They Feel Unimportant When Parents Spend Too Much Time Using Smartphones”. ischoolguide.com
June 29, 2015. “Kids Feel Unimportant when Parents are Distracted by Technology”. educationnews.org

Mudah – mudahan Najmi Yusuf dan in coming baby, kami didik dan layan mereka sepenuh kasih – sayang. Amin…

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Imam Al-Qurtubi, dari Cordova, Sepanyol?

Apa kaitan Cordoba dengan nama seorang tokoh Imam Al-Qurtubi?

Adakah beliau berasal dari Cordoba? Siapakah Al-Imam Al-Qurtubi?

Pernahkah anda pernah melihat atau tahu tentang kitab Tafsir Qurtubi?

Cordoba-Attractions-Monuments-and-Popular-Sights

Masjid Jamek Qurtubah atau Cordoba, kini dikenali sebagai Mezquita – Cathedral de Cordova.

Cordoba atau Cordova adalah sebuah bandar utama di negara Sepanyol. Bandar Cordoba terletak tidak jauh dari Granada dan Seville. Sejarah membuktikan Cordoba adalah tempat bersejarah bagi kerajaan Islam Andalus yang bertapak sejak awal 700 masihi.

Cordoba sangat terkenal sebagai pusat ilmu pada masa lalu, selain menjadi ibu kota Andalus. Amir Abdul Rahman III (929 – 961M) dengan gelaran Khalifah, menjadikan Cordoba sebagai tumpuan dunia pada masanya dengan menjadi Masjid Jamek Cordoba, universiti Islam terkemuka dunia dan pusat kenegaraan. Sehingga hari ini, Masjid Jamek Qurtubah menjadi tumpuan para pelancong yang mengagumi keindahan dan kehebatan senireka, sains dan teknologi, namun sedih lebih mendahului jiwa ini apabila tidak lagi solat boleh dilaksanakan disitu.

Mezquita Cordova

Dan disinilah lahirnya insan bergelar Al-Hafiz Al-Imam Al-Qurtubi Rahimahullah pada 610H bersamaan 1214M. Beliau banyak menghabiskan masa beliau dalam bidang ilmu di Mesir selepas kejatuhan Cordoba (1236M) ke tangan Raja Fernando I (Kristian) dan meninggal dunia pada 671H (1273M) di Munyat, Mesir. Nama beliau Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn Abu Bakr Ibn Farah al-Ansari al-Qurtubi. 

Al-Qurtubi adalah gelaran tempat kelahiran beliau di Qurtubah atau Cordoba. Beliau seorang mufassir, muhaddith, dan faaqih (maliki). Ketokohannya dalam bidang al-Quran dengan menghasilkan kitab Tafsir Al-Qurtubi (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran) yang menjadi rujukan umat Islam sehingga hari ini.

al-Jami-li-AHkam-al-Quran-Tafsir-al-Qurtubi

Kitab Al-Jami’ Al-Ahkam Al-Quran

Antara para guru beliau adalah Abu Hassan Ali Ibn Muhammad Ibn Ali Al-Yahsubi, tokoh hadis Abu Ali Al-Hasan Ibn Muhammad Ibn Muhammad al-Bakri, Rashiduddin Abu Muhammad Abdul Wahhab Ibn Rawwaj Al-Azdi Al-Maliki, Mufti Mesir Bahauddin Abu Al-Hasan Ali Ibn Hibatullah Ibn Salama Al-Lakhmi Al-Misr Al-Shafii (Ibn Al-Jumayzi), Abu Al-Abbas Ibn Al-Muzayyin dan ramai lagi.

Karya yang beliau hasilkan antaranya:

-Al-Asna’ fi Syarh Al-Asma’ Al-Husna, Al-i’lam Bima fi Din An-Nasara wa Izhar Mahasinuddin Al-Islam, Al-Intihaz fi Qurra’ Ahl Al-Kufa wal Basra wal Syam wal Ahl Hijjaz, At-Tadzkirah fi Ahwalil Mawta wal Akhirah.

Semoga Allah merahmati beliau, wahai Al-Imam Al-Qurtubi Rahimahullah.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com |http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

IMG_1421

Bumi Maghribi, saya dan Andalus

Berlatarbelakang Masjid Sunnah, Rabat (Dari kiri Muhaimin, Nuaim, Wan Hakimin, saya dan Fakhrurrazi)

Berlatarbelakang Masjid Sunnah, Rabat (Dari kiri Muhaimin, Nuaim, Wan Hakimin, saya dan Fakhrurrazi)

Dari mata turun ke hati. Itulah pengembaraan yang boleh saya gambarkan ketika berada di bumi Maghribi. Sebuah negara yang sangat dekat dengan benua Eropah iaitu di sebelah utaranya terletak negara Portugal dan Sepanyol, berkedudukan paling barat di tanah Afrika Utara. Sudah pastinya, pemandangan matahari terbenam begitu menakjubkan. MashaAllah, memang padan dengan namanya Maghribi.

Coretan ini, berkemungkinan saya adalah antara ribuan atau jutaan rakyat Malaysia yang pernah sampai ke sini. Teruja saya katakan, Maghribi sebuah negara yang sangat menarik dan cantik. Tahun 2007, merupakan tahun kedua saya di KUIS. Limpahan syukur tidak terhingga kerana Allah SWT telah mengurniakan saya jodoh paling istimewa terpilih sebagai pelajar KUIS untuk mendalami ilmu di sana. Coretan ini saya pasti menarik walaupun tidak lama, namun pengalaman belajar dan hidup di bumi Maghribi masih mengetuk hati dan jiwa ini untuk saya bicarakan kepada semua.

Terpilih antara yang terpilih

Peta Dunia

Peta dunia: Anda boleh lihat Morocco terletak paling kiri berdekaan Algeria, Spain dan Portugal. Bayangkan betapa jauhnya dari Malaysia.

Saya merasai telah dipilih, dijodohkan dan ditakdirkan oleh Allah Taala. Belajar di KUIS, membawa 1001 kenangan suka dan duka. Dan pengembara ke bumi Maghribi yang pernah merintis para pejuang Islam seperti Tariq Ibn Ziyad, Musa Ibn Nusayr, Ibn Battutah dan Yusuf Ibn Tashfin rahimahullah alaihim adalah satu kembara paling istimewa dalam hidup saya.

Kalau Allah SWT takdirkan “Kun” maka “jadilah”. Tarbiah hidup diperantauan adalah satu jihad apatah lagi pergi untuk menadah ilmu dan mendapat siraman barakah dari para alim dan asatizah. Sungguh saya kagumi, orang yang tidak layak seperti saya, terpilih menyertai sahabat – sahabat bijak pandai yang lain ke sana. Uqbah bin Nafi’ adalah antara watak penting bagi menjayakan misi dakwah Rasulullah SAW, menyemarakkan iman ke bumi Afrika hinggalah ke negara kaum bar – bar ini.

Disinilah bermula Islam ke Eropah melalui selat Gibraltar. Kisah Tariq Ibn Ziyad dan Musa Ibn Nusayr bersama angkatan Mujahidin yang terdiri dari muslimin menyatakan taat setia kepada Khalifah Al-Walid bani Umawi melancarkan misi dakwah ke sana. Tariq Ibn Ziyad dan mereka ke sana kerana terpilih, dipilih oleh Allah SWT atas satu matlamat.

Granada Spain

Islam masuk eropah bermula dari Maghribi pada 711M, dan disemarakkan oleh Turki Uthmaniyyah selepas 39 tahun kejatuhan Konstantinople (1453M) pada waktu itu kejatuhan Islam Granada 1492M.

Kota Rabat

Rabat adalah ibu negara bagi Maghribi, kami mendarat di Aeroport Mohammed Al-Khamis di Casablanca Darul Baido’. Perjalanan dari Casa ke Madinatur Ribat mengambil masa selama 2 jam dengan menaiki bas. Kota Rabat merupakan bandar tertua dan ke-empat terbesar di Maghribi. Saya catatkan berdasarkan tahun saya mengembara ke sana sekitar bulan 11 tahun 2007.

Rabat, merupakan bandar lama yang berusia lebih ratusan tahun. Bahkan sebelum Islam bertapak disini sudah ada tamadun Rom yang mendiaminya. Namun begitu, tinggalan sejarah Islam mendominasi watak negaranya walaupun negara ini dalam era awal kurun ke 18 dijajah oleh Perancis sekitar tahun 1912 masihi. Antara bandar yang pernah dijadikan ibu negara bagi Maghribi seperti Fas “Fez”, dan Marrakush “Marrakech”.

Terkenal dengan jolokan Maghrib Al-Aqsa, sebenarnya meliputi kawasan yang lebih luas sewaktu pemerintahan Islam bani Umawi yang terdiri daripada Algeria, Tunisia, Libya dan beberapa negara Afrika Utara yang lain. Maghribi, mendapat kemerdekaan lebih awal setahun dari Malaysia iaitu tahun 1956 masihi.

DSCN1124

Bazar di Kota Lama Rabat, menjual pelbagai barangan terutama kulit yang berkualiti. Kelihatan menara masjid yang menjadi simbol Islam di Maghribi.

DSCN1199

Kesesakan madinah Rabat, dikelilingi dengan kubu yang dibina oleh Kerajaan Islam Al-Muwahhidun.

Ribatul Fatih (Kubu Kemenangan)

Malam pertama hingga ketiga, saya dan beberapa orang rakan tinggal betul – betul di souk (pasar) di blok funduq taaruudan (Hotel). Tarudan adalah nama tempat di Morocco. Sampai di Madinah Ar-Rabat, sedang berlangsung aktiviti perniagaan seperti pasar malam, sangat sesak dan pelbagai jenis barangan dijual terutama pakaian dan aksesori.

Kota Rabat dikelilingi kubu – kubu yang dibina oleh pemerintah Kerajaan Islam sejak awal 700 masihi. Kerajaan Islam Al-Muwahhidun atau dalam bahasa latin “Almohad” adalah kerajaan yang menggantikan Kerajaan Islam Al-Murabitun “Almoravid” pada awal abad ke 9. Pada 1146 masihi, menurut sejarah Amir al-Muslimin Abd Mu’min mengubah landskap Rabat dengan kubu dan tembok sepenuhnya bagi menunjukkan penguasaan kerajaan Al-Muwahhidun sebagai pemerintah Islam di Maghrib.

Di dalam kubu Kota Rabat, terdapat suuk qadim (pasar) seumpama bazar Masjid Jamek di Kuala Lumpur. Saya tertarik dengan cara susunan kasut, pelbagai barang keperluan dan barangan kulit yang dijual di suuk qadim kerana sangat berkualiti dan murah. Pagi – pagi, selesai solat subuh saya dan beberapa teman akan bersiar – siar menghidu udara segar sekitar kota rabat. Jika malamnya sibuk dengan aktiviti pasar, tetapi bila pagi di Rabat sangat menenangkan.

tembok rabat

Kubu Rabat ini mengelilingi bandar Rabat, yang dibina awal abad ke 12.

suk 10

Comel abang ni, memang murah hati berikan saya harga pelajar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Check Out selepas beberapa hari menginap sementara di Funduk Taroudant, Bandar Rabat

Menara Masjid Hassan II & Dorih

Sumi’ah (Menara) Masjid Hassan II, terletak berdekatan dengan tempat yang bernama Sale, berpemandangan hadapan Wad Abu Raqraq (Sungai Abu Raqraq) yang indah. Saya sempat beberapa kali ke sini, bersama teman – teman KUIS dan turut serta Ustazah Ghanzah Towil dan Ustazah Nurah Farhi (merupakan guru bahasa). Menara masjid Hassan II menyimpan cerita yang berbeza sejak mula dibina pada 1195 masihi.

Menara ini adalah menara masjid yang tidak lengkap dibina kerana kematian Sultan Ya’kub al-Mansur pada tahun 1199 masihi. Tiang – tiang yang tinggal menjadikan masjid Hassan II sebagai masjid berbumbungkan langit. Arkitek yang membina masjid ini adalah orang yang sama dalam membina menara Giralda di perkarangan Masjid Ishbiliyya “Seville”, Sepanyol yang kini diubah menjadi gereja. Menara ini, adalah yang pertama dan digunapakai rekaan oleh para arkitek barat dalam membina gereja mereka di eropah.

morocco_map_history_almohads2_318px_01

Kerajaan Al-Muwahhidun memerintah sejauh Andalus – Maghribi – Algeria – Tunisia – Afrika.

Sultan Abu Yusuf Ya’kub al-Mansur, merupakan raja yang membantu umat Islam di Andalus (Sepanyol dan Portugal). Beliau amat terkenal dengan gelaran “Al-Mansur Billah”. Di Andalus ada 2 tokoh digelar Al-Mansur, dan beliau dari Al-Muwahhidun. Dikatakan beliau menghafaz Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Gelaran “Al-Mansur” diberikan kerana beliau menewaskan angkatan Kristian Castile yang berjumlah 300,000 tentera dalam Perang Al-A’raak (Alarcos) 1195M di kawasan antara Toledo dan Granada. Perang ini mengakibatkan, Kristian Castile lumpuh selama beberapa tahun.

Berdekatan dataran masjid Hassan II terdapat Dhorih Muhammad al-Khamis (Makam) berkubah warna hijau. Di dalamnya terdapat makam Raja Hassan II dan makam anaknya. Makam ini begitu eksklusif bercirikan arkitektur dinasti Alawi. Pemerintahan di Maghribi sangat unik dan pelbagai, dan corak mazhab yang dipegang dengan kuat adalah Mazhab Maliki. Pengalaman bersolat subuh jemaah tanpa bacaan qunut berimam mazhab Maliki menjadi kelaziman bagi pelajar seperti kami, namun indahnya apabila salah seorang dari kami menjadi imam disini, mereka tiada masalah untuk menjadi makmum. Inilah cantiknya bermazhab.

memel16

Kami bersama Ustazah Noura El-Farhi ketika melawat Doorih Muhammad V

IMG_1421

Inilah menara masjid Hassan II yang tidak lengkap dibina oleh Sultan Abu Yusuf Al-Mansur, pemerintah ketiga Al-Muwahhidun (Andalus – Morocco)

Nama besar sekitar Rabat

Bila berjalan dan bersiar sekitar Rabat, menariknya banyak nama – nama tokoh Islam yang diabadikan sebagai nama jalan dan tempat. Seumpama di Kuala Lumpur, kita ada nama Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menghargai perjuangan mereka sebelum ini. Namun, cukup berbeza di Maghribi kerana sekitar jalan – jalan utama dan lorong mematrikan nama tokoh Islam seluruh dunia.

Sekiranya anda peminat sejarah atau muarrikhun, pastinya nama – nama seperti Ibn Tumart, Tariq Ibn Ziyad, Yusuf Ibn Tashfin, Abu Nuwas, Al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ahmad Yazid, Uqbah b. Nafi’, Mansur Az-Zahabi dan nama – nama kerajaan Islam pun menjadi penanda jalan. Satu jalan yang buat saya terkejut adalah Syaari’ Sukarno”. Satu usaha yang sangat baik untuk dijadikan contoh. Menggunakan akronim nama – nama tokoh Islam secara global.

Pemandangan Lautan Atlantik

Jarak rumah sewa kami, tidak lah begitu jauh ke kawasan pantai. Jangan terkejut, kerana kawasan pantainya tidaklah sehalus dan berpasir seperti pantai Cahaya Bulan, di Kelantan. Boleh saya katakan pantai keras.

Sekeliling pantainya berbatu, dan berlubang. Lubang – lubang tersebut dipenuhi dengan lokan dan kepah. Suasana sangat menenangkan, ditemani hembusan angin pantai Bahr al-Mutawassit “Lautan Atlantik” dan panorama matahari tenggelam. Pastinya, hati akan menangis melihat betapa besarnya nikmat Allah Taala berikan kepada setiap bangsa, panorama yang berbeza apatah lagi dapat menatap sendiri dengan mata dan tubuh disini. Pantai Oudaya, satu tarikan yang mengujakan Subhanallah

Matahari

Inilah Maghribi, matahari terbenam yang sangat saya rindui saat ini. MashaAllah. Pemandangan Lautan Atlantik yang menderu.

Kupang

Mencari kupang dan lokan dipesisir pantai yang berbatu. Orang Maghrib tidak makan kupang, untung la kami. Menurut mazhab Maliki disini kupang adalah tergolong dalam “hasyaraat” iaitu serangga.

Kasbah de Oudayas

Ada bahagian di utara Rabat, berdekatan Sale dibina sebuah tempat seakan – akan taman “Andalusia” yang dikenali Kasbah de Oudaya juga dibina sewaktu zaman Abu Yusuf Al-Mansur. Ini mengingatkan saya kepada Kerajaan Islam yang bertapak di bumi Andalus (Sepanyol, Portugal dan selatan Perancis) pada sejak 711M oleh Musa Ibn Nusayr, Abd Aziz dan Tariq Ibn Ziyad. Sejarah membuktikan, Islam Andalus adalah kemuncak kegemilangan umat Islam yang bertahan selama lebih 800 tahun dan berakhir dengan kisah sedih umat Islam dipaksa murtad, diseksa, dan dihalau dari tanah air. Banyak ibrah yang berguna, melihat betapa pentingnya sejarah Islam kepada umat masakini.

Kerajaan Islam Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun dari Maghribi, berbangsa barbar (a’jam) sanggup menyeberang ke Andalus bagi menyelamatkan warisan akidah di bumi eropah selama 400 tahun sebelum Islam jatuh lebih awal atas tekanan Kerajaan Kristian. Dan Garnatoh “Granada” yang ditadbir oleh Bani Nasr adalah satu – satunya wilayah muslimin yang bertahan selama 200 lagi setelah kesemua taifah ditawan Kristian Qastalah “Castile” – Aragon, dan Portugal.

Satu catatan sejarah yang amat hebat bagi Maghribi ialah pada tahun 1578 masihi, kesultanan Maghribi, Sultan Abdul Malik disokong oleh Turki Uthmaniyyah mereka berjaya mengalahkan satu angkatan besar Kristian Portugal yang diketuai oleh King Sebastian I dalam peperangan Al-Qasr Al-Kabir di utara Maghrib. Kemenangan dipihak muslimin, menghancurkan angan – angan mereka untuk mendominasi Maghribi dan mengkristianisasikan muslim disini.

memel11

Bergambar di depan Pintu Utama Kasbah de Odayas (Kubu Islam Al-Muwahhidun)

DSCN1496

Taman indah menghiasi di dalam Kasbah de Oudayas

DSCN1389

Lepak sambil menghargai nikmat Iman, melihat alam dengan Iman di tepi Pantai Oudayas.

Tidak adil jika kita katakan matematik lebih penting berbanding sejarah, kerana dari mana datangnya matematik? Kerana dalam sejarah banyak nombor dan matematik.

#Catitan ini, bukanlah catatan penuh saya selama 30 hari. Bersambung.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com | http://www.najmeeqamar.blogspot.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Islam “La Convivencia”

Islam!

La Convivencia! Convivencia! Convivencia!

umayyad-cordoba

Itulah Islam, prinsip itu tidak berubah. Islam membawa mesej perdamaian, keharmonian dan keamanan. Sebagaimana, Nabi Muhammad SAW mentadbir sebuah kerajaan Islam Madinah dengan adil dan sentosa, yang di dalamnya terdiri daripada muslim, yahudi dan nasara, pelbagai etnik dan bangsa. Sekitar 1400 tahun lalu, di bawah payung Sahifah Madinah, termeterai ikatan janji “Kebersamaan” dalam  aspek sosial, ekonomi dan kehidupan dan mempertahankannya dari ancaman musuh.

Firman Allah Taala (Saba’ ayat 15) :

34_15

 

Maksud: 

Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka mempunyai dua buah kebun di kanan dan kiri (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki (yang Kami kurniakan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya”. (Negerimu) Adalah negeri contoh terbaik dan (Tuhanmu) Maha Pengampun.

Umat Islam, dianugerahkan Allah Taala dengan kekayaan hasil bumi. Negara – negara arab dilimpahi berjuta – juta galen minyak samada di lautan dan di darat. Malaysia dan nusantara kekayaannya meliputi perhutanan, rempah ratus, minyak, pertanian, emas dan banyak lagi. Inilah yang menjadi kegilaan dunia barat terhadap dunia Islam selepas revolusi perindustrian di eropah satu ketika dulu.

Santun dan hebatnya muslim, selama lebih 1000 tahun non – muslim hidup dengan aman, dilindungi hak dan diberikan keadilan selayaknya. Tanpa ada prejudis terhadap pemerintahan Islam, mereka juga membantu meningkatkan kesinambungan ilmu, sains dan teknologi. Bermula dari Kerajaan Islam Madinah, Zaman Khulafa’ur Rasyidin, Daulah Bani Umayyah di Damsyik, Daulah Islamiah Andalus, Daulah Bani Abbasiyyah, dan Daulah Uthmaniyyah. Selain itu,

ajedrezmorojudio

La Convivencia ini juga wujud di nusantara alam Melayu seperti Kesultanan Melaka, Aceh, Pasai, Mataram, Banten, Tidor, Ternate, Demak, Riau – Lingga dan lain – lain dengan kedatangan para korporat dan usahawan dari tanah Arab, India dan China. Bahkan mereka duduk bersama menetap, dan berkahwin dengan penduduk tempatan.

Namun, umat Islam pada abad ke 18 – 19 hilang punca kuasa apabila zaman kolonialisme mula meruntuhkan sedikit demi sedikit kuasa khilafah Uthmaniyyah, pada masa yang sama berlaku pengkhianatan oleh beberapa watak “munafik” yang gila kuasa dan kemaruk harta kekayaan. Akhirnya, negara dan bangsa tergadai.

Contoh.

mehmed_the_conqueror_by_al_brazyly-d376hl9

Sejarah pembukaan Kota Konstantiniyyah (Constantinople) oleh Sultan Mehmet al-Fateh pada 29 Mei 1453 juga turut dibantu oleh pelbagai bangsa. Contohnya jurutera pintar dari Hungary bernama Orban, mereka cipta meriam terhebat zaman itu, The Great Bombard. Senjata termoden dan terbesar yang pernah dibina itu berjaya meruntuhkan 3 lapisan kubu Kota Konstantiniyyah. Hingga hari ini, teknologi ini diperkembangkan.

20090111-180px-abderramaniii

Di bumi Andalus (Spain), umat Islam (Arab dan Bar Bar), Yahudi, Nasrani dan orang tempatan mereka berekosistem dalam struktur sosial, ekonomi dan politik. Pemerintah Abdul Rahman III (912 – 961) telah membina jaringan ukhwah yang kukuh antara 3 pihak terpenting mewujudkan La Convivencia. Pada tahun 929, beliau mengumumkan diri sebagai Khalifah Islam Andalus, dan melantik beberapa orang Kristian (Mozarabs) dan Yahudi memegang jawatan penting kerajaan seperti menteri Hasdai Ibn Shapmut (Yahudi). Disamping itu, golongan Yahudi dan Kristian boleh menjalankan aktiviti agama mereka.

20130731-190343

Islam sangat menghormati kepercayaan dan agama lain dan boleh duduk semeja minum kopi, asalkan ada toleransi. 

Inilah Islam, La Convivencia!

Dakwah bil hal.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur