Travelog 15,000 Kilometer

Bersama Sdr. Syamsul teman sekuliah

Bersama Sdr. Syamsul teman sekuliah di Kuliah al-Adab al-Ulum al-Insaniah.

Mengambil semangat Ibnu Battutah (768H) pada tahun 2007 yang lalu, saya dan 30 orang pelajar KUIS telah terpilih mengembara sejauh 15,000 kilometer ke bumi Morocco. Penerbangan yang mengambil masa 16 jam perjalanan menaiki Etihad Airlines dari KLIA, Sepang dan transit sementara di Abu Dhabi International Airport, seterusnya mendarat di Aeroport Muhammad V, CasaBlanca Morocco.

Bumi Morocco, terletak di benua Afrika Utara. Negaranya bersempadan dengan Algeria di sebelah Timur, Gurun Sahara dan Mauritania di selatan, dan di sebelah barat terbentang Lautan Atlantik. Menariknya kedudukan Morocco di sebelah utaranya adalah negara Sepanyol yang dipisahkan dengan Selat Gibraltar.

Gibraltar atau Jabal Tariq adalah simbolik penguasaan panglima Islam Tariq ibnu Ziyad (125H) bersama tentera Islam sebagai perintis jalan menegakkan kalimah Allah ke bumi Eropah. Subhanallah, dari sinilah bermulanya pembukaan Kota – Kota Islam ke Eropah dan tertubuhnya Kerajaan Islam al-Andalus.

Manis untuk saya kongsikan. Supaya memori ilmu ini tidak beku, biarkan ilmu itu cair dan melimpah kepada semua.

Menunggu di Aeroport Casa Blanca, Morocco.

Menunggu di Aeroport Casa Blanca, Morocco.

Muhayyam Arabiy di bawah tajaan LZS ini, membuka jalan kepada kami untuk mendalami Bahasa Arab dengan lebih praktikal dan realiti. Mana tidaknya, kita hanya belajar dan bercakap di kelas sahaja. Tetapi di sini kami boleh melazimi komunikasi dengan orang “berbahasa arab” walaupun majoriti penduduk Morocco bukanlah orang Arab, mereka berketurunan Beybar dan berloghat tempatan.

Menariknya belajar di sini ketika itu, ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Morocco sama konsep seperti negara Turki ketika ini yang menggalakkan rakyatnya menuntut ilmu. Berkuliah di Kuliah al-Adaab wa al-Ulum al-Insaniah, Jamiah Muhammad al-Khomis Agdal di wilayah Ibu Kota Rabat. Setiap hari, kami akan berjalan sejauh 3 KM untuk ke Jamiah.

Manisnya, susur ke kuliah itu kami akan singgah sebentar minum Raiib (susu masam berwarna merah) di sebuah kedai kecil berdekatan rumah sewa kami. Tidak terlepas juga beberapa biji roti keras (bulat) akan kami jamah ditepi taman berdekatan. Hanya 1 dirham untuk sebulat roti sebesar stering.

Sistem pengangkutan awam di Kota Rabat tidaklah sehebat Malaysia. Bayangkan sebuah bas panjang (Sri Jaya) berkerusi besi dan tanpa penghawa dingin. Jika anda ingin kemana – mana, waspada dengan cara anda naik dan turun. Tiada loceng disediakan, tetapi hanya mengetuk – ngetuk besi dinding bas dengan kuat. Lucu pengalaman itu.

Sebelum ke Kuliah

Sebelum ke Kuliah

Hidup di bumi Rabat, Morocco, memang tidak perlu peng-hawa dingin kerana iklimnya yang sejuk dan lembap. Oleh kerana cuaca sejuk yang melampau, kami tidak digalakkan kerap mandi. Disinilah secara praktikalnya, kami belajar berwuduk dengan menghangatkan air sejuk. Bila waktu malam menjelma kami akan  memakai pakaian yang tebal dan selimut kerana udara sejuk di Morocco bisa menembusi hingga ke tulang.

Casa Blanca, adalah Ibu Kota pelancongan manakala Rabat adalah Ibu Kota bagi negara Morocco. Di Morocco terdapat banyak bandar utama seperti Tonjah, Kenitra, Fez, Qairawan dan banyak lagi.  Islam mula bertapak di bumi Afrika Utara adalah pada tahun 680M oleh Uqba ibn Nafi’, jeneral Kerajaan Islam Umayyad yang berpusat di Damsyik.

Satu pengalaman menarik adalah praktik mazhab Maliki di sini. Kami sering solat subuh berjemaah di Musolla terdekat. Kebanyakan musolla boleh dikesan dengan adanya menara, walaupun hanyalah bangunan biasa. Kota Rabat, sangat terkenal dengan pasar malam atau dipanggil “suuk”. Pasar nya dikelilingi oleh tembok – tembok kota, seakan – akan kita berada di pusat perniagaan ketika zaman Islam silam. Terdapat pelbagai barang yang dijual termasuk pakaian, makanan, gadget, dan keperluan asas.

Jika ke suuk, sudah pastinya hidangan seperti minuman cay  dan qohwah menjadi pengubat kehausan tatkala berjalan – jalan ke sana. Alat muzik juga dijual secara terbuka terutama danarbuka dan djembe, peminta nasyid seperti saya tidak terlepas mengetuk sambil bernasyid di pasar. Kembara ilmu saya pada November 2007 yang lalu, majoriti peniaga masih menggunakan timbangan takar (berbentuk dacing).

Berjalan - jalan pada waktu malam

Berjalan – jalan pada waktu malam

Saya dan teman pengajian Syamsul, sebelum tiba ke bait al-ujrh akan membeli beberapa dirham kacang kuda dan roti. Kebiasaan makanan yang paling ideal dan jimat bagi penuntut ilmu disini lazimnya adalah sardin. Jika anda mahu membeli seekor ayam, di sini agak mahal dan anda perlu memilih membeli ayam hidup, lalu ditimbang, runding harga (tawar – menawar) dan disembelih saat itu didepan pembeli. Subhanallah.

Orang Morocco, sangat menghormati muslim Malaysia. Betapa ramahnya mereka menyambut kami bagai tetamu istimewa dengan menghidangkan hidangan paling bagus dan paling mahal. Kus Kus dan Too Jin adalah makanan ruji di Maghribi, jika anda berkesempatan jangan lepaskan peluang merasainya kerana makanan nya dimasak secara stim tanpa minyak yang banyak.

Pengembaraan membuka dimensi ilmu yang luas dan mantap. Banyak yang boleh diperoleh sepanjang pengajian di luar negara. Bagaimana Islam dipraktikkan walau ditempat dan masa yang berbeza.

Subhanallah! Ini semua rahmat Allah.

Melimpah dan mengalir, mudah – mudahan kita sentiasa bersyukur. Sabar, InshaAllah ada jalannya.

Makan roti cicah sardin

Makan roti cicah sardin panas =)

73_1

Selimutsura @ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com

Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s