Doa buatmu, Fara Hani

Gambar Hiasan

Bukan gambar sebenar.

Desas – desus adik saya menghidap denggi begitu meresahkan, kerana saya pernah menjadi suspek gigitan nyamuk denggi sewaktu di sekolah asrama SMA Kuala Lumpur (2004), Bukit Manjalara ketika dulu.

Nurul Farahani bte Musbah, kami memanggil Nani sebagai nama timangan. Belajar di Uitm Jengka, dan telah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu pada malam sebelum pukul 12.00 malam tahun 2014. Rancangan saya malam itu bersama isteri untuk ke Dataran Shah Alam bagi menikmati juadah ilmiah Tahun Baru anjuran Kerajaan Negeri Selangor terpaksa dibatalkan.

Nani terlantar di Hospital KKB selama 2 hari.  Jarum dicucuk bagi menyalurkan air dan ubat. Tetapi bacaan platlet semakin merudum jatuh hingga tangga 10. Saya menerima panggilan telefon dari Abah, akan keadaan Nani yang tidak surut. Nani terpaksa di tukarkan ke Hospital Selayang. Abah dan emak teresak – esak menangis kerisauan. Saya dan isteri bersegera memandu kereta ke Serendah untuk membawa Abah dan Emak ke Hospital Selayang.

Hari berikutnya di HS, bacaan platlet terakhir Nani ialah 4. Serius dan sungguh mengejutkan kami sekeluarga. Pelbagai usaha bagi membantu adik yang terlantar di HS. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan dan situasi ketika itu. Esoknya, Nani terpaksa ditolakkan ke ICU HS kerana pernafasan yang tidak stabil akibat air yang banyak diparu – paru, mesin bacaan bagi pernafasan (rp) sepatutnya normal adalah 12 tetapi paru – paru Nani mengepam lebih laju dari biasa.

Pemantauan sangat rapi, 3 hari di ICU mencabar kerisauan dan ketenangan hati kami sekeluarga. Berusaha dan berdoa. Terus berdoa sejak dari awal lagi. Platlet Nani tidak meningkat, semasa hari – 2 di ICU. Waktu lawatan di HS, kami sekeluarga menggunakan waktu sepenuhnya memberi kata – kata perangsang dan semangat buat Nani. Ada titisan airmata yang gugur, abah, emak, adik – adik dan isteri saya menangis mengenangkan keadaan Nani yang dipenuhi wayar – wayar dibadannya dan lebam – lebam suntikan.

Macam – macam ikhtiar kami usahakan. Air masak, air rebusan ketam, air 100 plus, jus jambu merah, air bacaan al-Quran oleh abah, air pucuk betik, biji kristal. Suapan demi suapan, berselang dengan selawat dan bacaan ayat al-Quran dibuat. Apatah lagi doa dan solat hajat.

Emak menjaga Nani saat di ICU, bertukar ganti dengan adik saya Fasihah. Dia sanggup bercuti mengajar di GA, Wangsa Maju semata – mata melihat adiknya dalam keadaan baik ketika di HS hingga gelang emasnya hilang. Kakak dan Abang Ipar pula, mengambil cuti beberapa hari. Saya dan isteri pula, mengejar ke HS selepas kerja kerana ada 2 waktu melawat di HS iaitu jam 1-2 petang dan 5 – 7 petang. Kami sering balik lewat, jam 10 baru hinggap di rumah.

Hari – hari di ICU, begitu menyayat hati. Ini zon kritikal bukan zon biasa.

Malam itu saya tidak dapat tidur kerana pada waktu terakhir lawatan sebelum jam menjengah jam 7 pada hari ke – 3 di ICU HS, seorang Doktor dan pembantu meminta saya dan emak keluar kerana mereka mahu menukar mesin pernafasan tiub ke hidung kepada mesin pernafasan seperti topeng. Katanya pernafasan Nani, adalah diluar kawalannya, berbeza orang normal. Saya mengajak isteri untuk solat hajat dan berdoa pada Allah moga – moga Farahani diberi kesembuhan dan sihat. Kami berdoa..

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, dengarkanlah permintaan hambaMu ini. Kami ini hina, kami ini lemah, tiada daya dan kekuatan melainkan semuanya dariMu, kami memohon dengan penuh rendah hati, makbulkan hajat kami dengan nama Nabi tercinta Nabi Muhammad s.a.w, sembuh dan sihatkan adik kami Nurul Farahani binti Musbah dari sakit, Engkaulah penawar dan penyembuh. Kami berserah hanya padaMu.”

Malam itu, saya teringat yang salah seorang sahabat nasyid Munsyideen sedang menunaikan umrah di Makkah al-Muqarramah. MashaAllah, kerana Makkah adalah tempat paling mustajab doa dan hajat. Saya meminjam Samsung Isteri dan membuka akaun FB.

___________________Mesej melalui FB______________________

  • Mzmel Munsyideen
    Mzmel Munsyideen

    salam abg azrri. ap kber.. slmat mnunaikan umrah mabrur d sana…

    memel ad satu pmintaan..nk mnta tlong abg azei sgt2..adek memel skang ni brada d wad icu hosp slayang …kraba dmm denggi dan pnafasannya x stabil.. minta abg azri mndoakn adek sy stiap kli ddpn kaabah..

    mohon pd Allah moga dsembuhkn dan selamat sihay.. nma nya nurul farahani binti musbah..mudah mudahan Allah makbulkn doa d tmpt yg pling mkbul..

    terima kasih byk..mohon jasa baik.. smoga dpt mmblas..

  • Sunday
  • Mohammad Az
    Mohammad Az

    InsyaaAllah mel, abg akan buat umrah esok, dlm tawaf abg akan selitkan doa utk adik memel nurul farahani binti musbah

    Semoga Allah sembuhkan

    Minta dia byk byk minum air

    Kalau blh setiap sejam dua mjnum 1 liter air.

  • Mohammad Az
    Mohammad Az

    Mel, ibu abg aritu ada buat satu jus utk ayah abg

    Denggi berdarah lagi

    Kurma dan oegaga campur dgn air zam2..blend kan..beri adik minum

    Xsedap..tp insyaaAllah…

  • Sunday
  • Mzmel Munsyideen
    Mzmel Munsyideen

    oh alhmdlh. subhanallah. huhu mnta tlg ye abg azri. mg Allah mkbulkn. tq sgt

  • Mohammad Az
    Mohammad Az

    Sama2 mel

    InsyaaAllah makbul doa di masjidil haram

Sent from Mecca, Makkah, Saudi Arabia

 _________________________________________________________
 Bismillahi MashaAllah, ini semua perancangan Allah Taala. Allahuakbar!!!
Esok, tengahari kami diberi khabar berita melalui talian oleh emak di HS bahawa Nani akan discharge dari ICU ke wad 10C kerana sudah bertambah pulih dan stabil. Lailahaillah Muhammadurrasulullah~huhu hati saya sayu dan terpegun. Ini semua kuasa Allah. Allahuakbar…Abah, emak, adik – beradik, dan ahli keluarga lain dan sahabat – sahabat tidak putus – putus mengirim doa. Subahanallah!!!
Besar sungguh pelajaran yang Allah Taala beri pada kami. Ini semua datang dari ALLAH. uu,)
Dan keesokkan harinya, adik saya dibenarkan keluar HS dengan platlet sudah mencapai stabil. Ini menambah keyakinan saya bahawa kuasa doa pada ALLAH adalah segala – galanya selepas kita berikhtiar. Tanpa hijab dan “direct” kepada Allah Taala dalam setiap situasi, Allah menguji hambaNya. Sesiapapun kita mohon doa untuk kebaikan, kerana kita tidak tahu doa siapa yang mustajab di kalangan hambaNya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Hasbi Rabbi Jallallah Ma Fi Qolbi Ghairullah. Apatah lagi kita bertawassul dengan nama kekasih Allah, Nabi Muhammad Sollollohu alaihi wasallam. Jangan pernah putus, berselawat. Itulah pesan saya pada adik saya ketika di ICU selama 3 hari.
Abah berpuasa menunaikan nazar.
Kisah ini apa yang saya lalui. Kongsi manfaat bagi kebaikan semua.
Sakit itu ujian ALLAH, walaupun yang sakit itu bukan kita. Kerana Allah Maha Mengetahui siapa yang benar – benar mahu menjadi tinggi di sisiNya.
Alhamdulillah. Syukur.
73_1

Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s