Jalan “Shortcut” menjadi Kaya

21093d147db7389c4b29e85914069476

Kebanyakan kita menginginkan kehidupan yang terbaik. Apatah lagi mengimpikan rumah impian, besar dan cantik. Ruang tamu yang lengkap dengan perabot, kolam renang dan ruang dekorasi taman, set lengkap almari dapur dan bilik air yang selesa. Bertatahkan lampu candeliar, menghiasi besarnya mata tetamu – tetamu melihat keindahan rumah kita.

Senang cerita, tak semua daripada kita lahir-lahir sudah merasai penghawa dingin dan katil empuk. Sebelum memilikinya perlu berusaha, hingga kan usia setengah abad pun belum tentu jadi kaya.

Apa sebenarnya “kekayaan” bagi anda?

Kereta mewah? Rumah besar? Isteri cantik? atau

Pagi – pagi ke tempat kerja, ada pemandu yang mengambil hantar dan pulang?

Saya nak itu, ini, sana, sini..semuanya!!! Apakah itu maksudnya?

Saya bos, suka hati saya lah..ini syarikat ana yang punyalah! Mungkin?

Fuhhh…puas hati, 20 tahun aku berhempas pulas akhirnya aku berjaya. Rumah ada, kereta ada, jet pejuang peribadi je belum ada…aduhh. ???

Mungkin lebih 20 tahun.

Siapakah tokoh – tokoh terkaya didunia, bergelar Billionaires 2014? Menurut senarai FORBES list adalah seperti berikut:

  • 10 – Christy Walton (38.0 B USD)
  • 09 – Sheldon Adelson (39.5 B USD)
  • 08 – David Koch (40.7 B USD)
  • 07 – Charles Koch (40.7 B USD)
  • 06 – Larry Ellison (50.0 B USD)
  • 05 – Warren Buffet (63.7 B USD)
  • 04 – Amancio Ortega (65.1 B USD)
  • 03 – Carlos Slim Helu (71.4 B USD)
  • 02 – Bill Gates (77.7 B USD)
  • 01 – ??????? Siapakah Jutawan ini ?????

Siapakah orang tersebut dan bagaimana cara yang paling singkat untuk menjadi orang kaya?

1. Solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh (fajr) sepertimana terlakar di gagasan hadis Rasulullah S.A.W lebih mahal dan bernilai, Subhanallah :

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda:

Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’

“Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr ( Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.”

[Hadith Muslim, Kitab Solat] 

 Inilah kelayakan bagi senarai no. 1 terkaya di dunia yang akan disenaraikan oleh ALLAH Taala kelak sebagai orang paling kaya dan bernilai di dunia. Subhanallah.

Bagus menjadi orang kaya, tetapi jadilah yang dermawan dan pemurah. Kerana akhirat adalah matlamat segala kekayaan yang tersedia ada. Orang yang paling bertaqwa adalah paling dekat dengan Sang Maha Kaya.

Sedar atau tidak, sebenarnya yang kaya bukan kita tetapi Allah – lah yang Maha Kaya, seluas alam semesta, bumi dan seisinya adalah milikNya.

Dimanakah kita? Kita sering meremehkan pahala dan ganjaran Allah yang Maha Hebat. Praktis kerana Islam itu mudah.

73_1

Setapak Jaya, Kuala Lumpur
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s