Penjejak atau Pelajar Sejarah

iSLAM ANDALus

iSLAM ANDALus

Dengan Bismillah ar-Rahman ar-Rahim,

Lama sudah tidak menulis, last post blog pada bulan April lalu. Anakanda Najmi Yusuf pun kini sudah berumur 6 bulan lebih, pembesaran pesat Najmi sangat mengujakan. Alhamdulillah.

Najmi sudah pandai merangkak kecil, memaut tangan, menanduk kepala, dan senang cerita, serba – serbi berpotensi untuk lebih cepat berjalan. Ada orang kata, usia sekarang boleh diberi makan makanan penyek seperti bubur, kisaran buah dan sebagainya. Saya mengesyorkan air zam – zam dan kisaran makanan sunnah. 

Mohon maaf, bagi yang sudi membaca blog saya ini. Kesuntukan waktu itu, adalah kelemahan saya yang menyusun jadual. Kali ini perkongsian-nya moga – moga lebih istiqamah, dan mantap berbanding zaman pra-universiti dan mahasiswa dulu.

Kini kampus saya adalah keluarga dan masyarakat.

Sejak akhir – akhir ini, saya bercenderung untuk mengkaji dan mengumpul sejarah Islam terutama tamadun Islam yang gigih dipertahankan hingga kini iaitu Balad al-Andalus yang kini Sepanyol, Portugal dan sebahagian Perancis. Secara umumnya, banyak sumber dan maklumat telah dijejak oleh para sejarawan atau muarrikhin ,arkeologis, ahli akademik dan para penjejak yang lain sebelum ini. Namun kelangsungan pencarian dan pelajaran untuk mendakap ilmu tidak terputus begitu sahaja hingga hari ini.

Ilmu pengajian masakini samada di pusat pengajian, madrasah dan sekolah bersumberkan ilmu – ilmu sedia ada, dan baru hasil usaha giat para pencinta pengetahuan dan disiplinnya.

Dan mengapa Andalus?

tmfom-24

Disinilah bermulanya “Universiti Tamadun Dunia” ditengah – tengah keruntuhan akhlak dan pesatnya jahiliyyah di bumi Eropah.

Pada kurun ini juga adalah kurun dikalangan 3 kurun terbaik sepertimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang terdiri banyak tabiin, bahkan Umar Abdul Aziz r.a yang terkenal dengan ketokohannya pun turut terlibat misi  Islam di bumi Andalus sewaktu menjadi Khalifah Umawi di Kota Damsyik pada 717 (M).

Misi jihad ke eropah sebenar telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Bagi membuktikan kebenaran wahyu dan dengan kalahnya Rom Byzantine (Timur) dalam peperangan Yarmuk yang diketuai oleh Khalid ibni Al-Walid r.a dan Amru al-Asr. Oleh sebab itu, sepanjang kronologi empayar Islam dalam tamadun dunia berusaha menghantar begitu banyak misi pembukaan kota – kota Islam ke benua eropah. Contohnya Kota Kontantinople telah menghadapi sebanyak 13 siri percubaan menawan kota tersebut oleh 3 empayar besar Islam dan Khalifah pertama Umawi, Muawiyah bin Abi Sufyan r.a antara yang terawal mencuba dengan Yazid bin Muawiyah r.a mengetuai tentera muslimin.

Bagaimana ribuan masjid di Andalus lenyap, yang tinggal hanya satu iaitu Mezquita de Cordova itupun dilarang menunaikan solat didalamnya, dijadikan gereja ditengah – tengah dan sekadar tatapan pelancong kerana menghargai keindahan seni bina sahaja. Apakah kita juga memandang sedemikian juga?

Adakah benar? Umat Islam terus lenyap dan hancur setelah jatuhnya Kota terakhir umat Islam di Granada pada 1492 (m). Adakah masih ada sisa hingga kini?

Sejarah wajib jujur dan tidak dikhianati.

Sejarah kita

Di negara yang saya cintai, bila sebut Melaka. Terpapar difikiran, surat khabar, iklan, dan media luas ini, rating tertinggi adalah Kota A’Famosa, Kota Portugis bukan Masjid Kampung Hulu, Kling dan Tengkera. Pengimarahan Kota Portugis lebih hebat dan meriah kita menyambutnya.

conquistademalacacondei

Kalau kita singgah di Bandar Melaka, yang mana kita nak kunjungi dulu Kota A’Famosa kah? atau Istana Melaka?

Adakah Kota A’Famosa dibina dari runtuhan Kota Melaka? Atau dari runtuhan masjid – masjid, surau dan musolla?

The Lost Empire of Malacca?

Itulah hakikat kita terpaksa menerima, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Siapa tahu tentang Kota Lukut? Lukut kat mana tu..kalau kita tanya anak – anak Malaysia. Tak tauuu! Lukut di tepian gantang.

Kota Lukut, Bukit Raja, Port Dickson adalah kubu pertahanan, kubu ekonomi, kubu kemahsyuran Islam sebagai pusat pemerintahan Raja Jumaat ibn Raja Jaafar, seorang muslim berketurunan Melayu Bugis. Ohhhh…baru tahu.

Senario Industri Hiburan Malaysia

Masa kecil, Doraemon, Son Goku, Suria Baja Hitam, Ultraman Cicak, Maskman, Cybercop dan Usop Sontorian. Melangup depan TV merah tengok kuasa – kuasa yang ada pada mereka. Kelakar! Habis musnah rumah dan bangunan.

Doktrin ini wujud hingga kini. Sangat jarang kisah kartun hero kita seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Dol Said, Maharaja Lela, dan lain – lain. Hero kita semua sudah dimatikan jasa dan sejarahnya.

Mungkin cerita rakyat orang putih, lebih syok berbanding filem dinegara kita yang tidak berimbang. Lawak hingga lagha (sia-sia), gengster hingga jahat itu hebat, cinta hingga bermaksiat, hantu pocong hingga khurafat.

Rosak akidah umat, rosak juga akhlak. Yang untung siapa? Yang kaya-raya siapa? Cop halalnya mana? Halal itu hanya pada makanan sahaja ke?

Hiburan yang tidak berilmu, di zaman teknologi bertamadun.

Sambung Master

Isteri saya ada mengesyorkan supaya melanjutkan pengajian Master dalam bidang sejarah dan peradaban. Amin, inshaAllah.

Tidak mudah. Lebih susah. Oleh kerana dari sekolah lagi saya memang minat sejarah dan Geografi. Saya masih ingat guru – guru saya, Puan Sarihat Utoh dan Puan Siti Hawa Mahat. Sejarah dan Geografi tidak dapat dipisahkan saling berkait antara keduanya.

Masa, tenaga dan wang ringgit itu semua kurniaan dari Allah Taala, saya perlu bijak memanfaatkannya. Najmi Yusuf pun sedang membesar, saya banyak memberi masa dan ruang untuknya, malahan isteri juga seorang pendidik.

Sejarah adalah pelajaran umat, bukan mengimbau atau mengenang. Tetapi belajar dan ambil pengajaran darinya. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Bila?

Sejarah pupus, kerana kita yang tidak endah. Bangunnya sejarah, membina tamadun dari strategis dan bijaksana orang dahulu. Jatuhnya tamadun pula dari ketamakan dan kepentingan duniawi orang terdahulu.

Kita ini mewarisi tamadun dari sejarah masa silam.

Jejak Tamadun Islam | Al-Andalus

Tahu atau tidak, bumi Sepanyol, Portugal, sebahagian Perancis, dan Kepulauan Lautan Balerik pernah menjadi pusat tamadun Islam terkuat di Eropah. Pintu Islam ke Eropah terawal adalah melalui Selat Gibraltar, dan bahagian selatan Sepanyol. Wilayah Islam yang bertapak lebih 780 tahun dan dikenali sebagai Balad al-Andalus. Dari sinilah, Islam membina tamadun umat tidak mengira apapun bangsa dan keturunan.

Sebelum Panglima Tariq Ibnu Ziyad & Musa Ibn Nusayr (Gabenor Afrika Utara) bersama seangkatan tentera Umayyah menyeberangi selat Gibraltar sebagai misi jihad besar – besaran pada 711 (m). Mereka telah menghantar seorang perisik bernama Tarif Ibnu Malik dan anak buahnya untuk memantau pergerakan musuh di negara Visigoth (nama sebelum Andalus) yang mendarat di pantai Tarifa, Sepanyol pada 710 (m) dengan izin, Khalifah Al-Walid Ibnu Abd Malik (705 – 715 m).

Dan tempat tersebut telah diberi nama Tarifa. Gibraltar (Jabal Tariq) pula mengabadikan nama panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Saya bagi hint sikit, Islam pada zaman ini berjaya menguasai lebih 90% Sepanyol dan Portugal hanya selama kurang 5 tahun ekpedisi jihad mereka.

Sejarah tetap tinggal sejarah. Lebih dalam lagi, saya mahu mengoreksi emas – emas kegemilangan Islam di Andalusia. Setidak – tidaknya kita dapat belajar dari sejarah (ibrah) yang pelbagai, sebagai salah satu sumber pendidikan jiwa, dan mental.

Anak – anak yang menghargai sejarah, belajar darinya, menimbulkan kesan dan prihatin, untuk bekal saya, isteri, anak – anak, dan keluarga menuju akhirat. Saya tidak tahu bagaimana perkaitannya tetapi di dalam al-Quran dan hadis banyak cerita – cerita sejarah yang Allah streaming-kan secara langsung, tentang Para Anbiya’ dan Auliya’, para solehin, Firaun, dan para pendusta agama, para pemerintah yang adil dan zalim, dan kisah terdahulu.

Semoga Allah memberi kefahaman, dan keberkatan. Amin.

Terima kasih sudi bertamu. Salah mohon perbetulkan.

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com
Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s