Secubit Rasa Granada (1238 – 1492)

Granada Spain

Granada, Andalus bukan asing lagi bagi para pengunjung apabila melancong ke Spain. Pasti “travel agent” akan membawa ke sana bagi menikmati keindahan pemandangan Kota Alhambra yang menjadi kemuncak kegemilangan dan kejatuhan Islam di benua Eropah.

Bilakah saya akan sampai ke sana? InshaAllah sudah terbenam lama niat untuk menjejak ibrah ke Kota Merah, yang tersergam indah di sebalik kedukaan. Kota Alhambra, Granada yang kita kenali bukan hanya sebuah kota indah dan cantik, tetapi kota yang terkehadapan (maju) dari dua sudut iaitu ilmu dan teknologi.

Lihat lah dengan mata dan hati!

Alhambra_view 2

Granada atau pada bahasa arab adalah Ghornatoh, manakala Alhambra dari perkataan Alhamra’ (merah) yang dibangunkan Bani Nasr. Dikejauhan kemerah – merahan kota tersebut yang dibina pada awal abad ke 11 oleh Muhammad Ibnu Ahmar (1232 M) sebagai Amir Granada yang pertama mengilhamkan sebuah kota yang dipimpin olehnya terdiri daripada muslim dan non-muslim secara adil dan saksama. Semua diberi layanan yang sama, pesalah tidak kira anutan agama pasti dihadapkan kemuka pengadilan.

Toleransi yang diwujudkan oleh pimpinan Granada dikalangan penduduk diumpamakan mengambil contoh plan strategik Kota Madinah al-Munawwarah di Semenanjung Arab yang berteraskan Sahifah Madinah sepertimana Rasulullah SAW memimpin. Kerajaan Islam Granada berkubu di Alhamra’ merupakan kemuncak terakhir, satu – satunya kerajaan Islam yang bertahan lebih 50 tahun selepas kesemua wilayah dan kota Islam ditawan oleh Raja Ferdinand III.

Banyak berlaku siri peperangan antara beberapa penjuru iaitu Kerajaan Castile Kristian, Aragon, Bani Ashqilula, Muslim Mariniyyun dan ketua – ketua wilayah lain dengan Nasr Granada. Ada masa Kerajaan Nasr bekerjasama dengan Mariniyyun dan adakala dengan Castile bagi meneruskan kelangsungan negara. Selama 250 tahun, Kerajaan Nasr lebih banyak bertahan, dan menghadapi tekanan yang kuat dari 2 kerajaan yang hebat ketika itu. Namun Granada berada pada zaman kegemilangannya selama 2 dekad dengan keharmonian dan kepintaran pemimpinnya.

854px-Reino_de_Granada.svg

Kehebatan intelektual dan ilmiah di Granada membuka akal orang – orang eropah akan keberadaan orang Islam berada di tahap yang menakjubkan. Ini memberi inspirasi kepada mereka yang dibelenggu zaman kegelapan. Kubu – kubu Kota Alhamra’ bukan lah pada luaran sekadar sebagai kota pertahanan bahkan lebih daripada jangkaan musuh. Didalam Kota Alhamra’, terdapat kombinasi sempurna sebuah kerajaan. Ia menempatkan istana, masjid, madrasah, mega mall, pusat rekreasi dan rohani, bilik penginapan, dewan mesyuarat, dan lain – lain.

Disekitarnya pula, dihiasi dengan taman – taman dengan keindahan sistem pancuran air memikat pemikiran saya. Selain itu, perlu kita ketahui Kota Alhamra’ terletak di atas puncak bukit Albayzin, bagaimanakah mereka memperoleh bekalan air dan mengalirkan air tersebut ke serata kota. Ini semua memerlukan ilmu yang tinggi dalam kejuruteraan dan kehebatan sains. 

Alhamra' Home

Seni bina merupakan salah satu keterujaan saya melihat tentang Granada tetapi perlu saya jelaskan setiap perincian yang mereka bangunkan dalam binaan ini adalah bertepatan dengan kepatuhan syarak. Jika diperhatikan, banyak kolam air, pancuran, pili air dan ruang mandi dibina sekitar kota. Ini adalah bagi memudahkan orang Islam untuk menggunakannya untuk berwuduk, berehat mandi menyegarkan badan, bahkan ia disalurkan secara terus kepada semua bagi mempermudahkan urusan rakyat (tanpa meter).

Laman tengah Istana dihiasi dengan pancuran singa merupakan salah satu seni bina terhebat di Kota Alhamra’ yang dibina pada zaman Muhammad V. Ukiran “La Ghaliba illa Allah” pada dinding istana melambangkan kesungguhan pemimpin meletakkan “konsep kebergantungan pada Tuhan” dalam setiap perkara, bukan saja pada ibadah khusus tetapi termasuk duniawi. Ketelitian ukiran dan seni yang halus membuktikan Islam boleh mencapai tahap keduniaan yang tinggi namun tidak meninggalkan kepentingan akhirat.

alhambra-calligraphy

Kerajaan Nasr jatuh pada 2 Januari 1492 masihi, selepas desakan dan kepongan Raja Castile dan Isabel. Banyak faktor lain yang menjadi sebab kejatuhan Granada antaranya Ketidakstabilan politik luaran dan dalaman, tidak setia pada pemerintah, mengejar kehebatan duniawi semata, pengkhianatan, dan tiada kesatuan ummah. Amir terakhir, Abu Abdullah Muhammad XII (Amir ke 22) menyerahkan kota Alhamra’ dengan hati yang sangat sedih kepada Raja Kristian Ferdinand III dari Aragon dan isterinya Isabel dari Castile.

La_rendición_de_Granada

Hari ini, kota Alhamra’ Granada hanyalah sebuah kota indah tanpa singgahsana. Tidak ada yang tertinggal kecuali tercatat dalam sejarah sebagai pusat pemerintahan Islam yang unggul di benua Eropah. Tidak dinafikan, dan diakui sendiri oleh orang bukan Islam akan sumbangan dan kepentingannya.

Legasi muslim di Granada tidak terhenti begitu saja, sinar Islam kembali terang dengan terbinanya Masjid Jami’ Granada pada tahun 2003 yang betul – betul terletak berhadapan pemandangan Kota Alhamra’. Menariknya di Granada juga terdapat sebuah lagi masjid iaitu Masjid At-Taqwa di celah bangunan sekitar Al-Bayzin. Dengan ini azan mula bergema di pelusuk negeri dan memori Andalus masih basah untuk dirasai.

Mosque Granada

Plaque Grand Mosque Granada

Kita harus kembali, bermula 711 masihi oleh Tariq ibnu Ziyad, Musa Ibnu Nusayr, Tarif Ibnu Malik dan Khalifah Bani Umayyah ketika itu sebagai perintis kepada penyebaran tauhid ke benua Eropah melalui jalan Spain. Besar pahala dan sumbangan mereka kepada Islam. Semoga Allah Taala menempatkan mereka dikalangan orang – orang yang tinggi disisiNya.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s