Airmata Mezquita de Qurtubah (Cordoba)

 

Mezquita de Cordoba

 

Tangisanku belum reda, melihat bumi Islam yang dahulunya bersinar terang. Pastinya terasa rugi yang amat dalam sekiranya kita sebagai pewaris Islam di muka bumi, hanya menatap keagungan Islam di Sepanyol pada ukiran, kecantikan dan keindahan seni bina tanpa melihat pengisiannya memakmurkan bumi Allah dengan kalimat tauhid dan toleransi dalam bermasyarakat.

Sejarah Islam Andalus tidak boleh dikaburkan dengan runtuhan masjid – masjid dan madrasah dan ditukar kepada gereja – gereja. Bahasa sepanyol pun tidak berjaya memurtadkan bahasa arab dengan banyak “al” dihadapan nama – nama tempat sekitarnya. Sejarah yang didendangkan barat, telah sendiri membuka mata dan minda mereka akan keberadaan Islam di bumi Sepanyol, Portugal dan sebahagian Selatan Perancis.

0656c8d67e54efa96aa634228069ade7

Masjid Qurtubah, adalah satu lambang keagungan Islam di Eropah sekitar abad ke 8 – 10. Sebagai nadi utama kerajaan Andalus, yang diketuai oleh Amir Andalusia yang pertama iaitu Abdul Rahman Ad-Dhakil (pengasas kerajaan Umayyad di Andalus). Inspirasi beliau membina masjid Qurtubah ini menyerupai seni bina Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Umawi di Damsyik, yang merupakan pusat pemerintahan Khilafah Bani Umayyah sebelum dikuasai oleh Khilafah Bani Abbasiyyah yang berpusat di Kota Baghdad pada 750M.

Abdul Rahman Ad-Dakhil, berjaya menyatukan seluruh umat Islam di Andalus dibawah panji Islam. Tidak kira kristian, yahudi dan Islam mereka bersama – sama memajukan Cordoba sebagai sebuah kota yang unggul. Dengan menggunakan masjid Qurtubah (784M mula dibina) sebagai “Base” kepada ilmu fiqh, tauhid, akhlak, pentadbiran, politik, sastera, sains, terjemahan dan banyak lagi. Selain daripada itu, para menteri dan tadbir urus melakukan segala aktiviti perbincangan di masjid.

MezquitaCatedral06

Masjid Agung Qurtubah telah mengalami pembesaran dan perluasan pada abad ke 9 dan 10 kerana jumlah umat Islam yang semakin bertambah. Anaknya Hisyam dan khalifah – khalifah seterusnya memperindahkan lagi keadaan dan keselesaan masjid tersebut sebagai penanda aras keupayaan moden dan kehebatan Islam.

Apakah Masjid Qurtubah terselamat dari runtuhan ribuan masjid? Ya! Hanya satu yang tinggal dan tetap terpahat sebagai “Mezquita de Cordova”.

Namun

Tiada azan dialunkan,

tiada khutbah dilaungkan,

tiada majlis ilmu dihidangkan,

apatah lagi solat didirikan. “You CAN’T pray here!!!”

Chapel_of_Sagrario_-_La_Mezquita_-_Córdoba

Keseluruhan masjid yang masih kekal adalah hasil dari kesan “kristianisasi” yang menukarkannya sebagai gereja, termasuklah Masjid Qurtubah selepas penaklukan Raja Ferdinand III pada 1236M . Di dalam Masjid Qurtubah, mempunyai lebih 850 tiang yang masih utuh memegang kemegahan masjid tersebut. Tiang – tiang yang tersusun membentuk lorong – lorong disiplin menuju ke mihrab yang menghadap kiblat ke Kaabatullah yang boleh memuatkan maksima 20,000 orang.

Sekiranya saya hidup pada zaman tersebut, saya tak perlu risau tentang “perut lapar’ kerana diceritakan sekitar kawasan masjid dipenuhi dengan buah limau dan delima yang senang diambil dan dimakan tanpa bayaran, apatah lagi tempat tinggal.

800px-Edwin_Lord_Weeks_-_Interior_of_a_Mosque_at_Cordova_-_Walters_37169

Masjid Agung Qurtubah, sepertimana Masjid Al-Azhar merupakan sebuah universiti pengajian yang amat terkenal pada ketika itu. Lahirlah graduan az-Zahrawi, seorang pakar perubatan, Ibnu Bajah, Muhammad al-Ghafiqi, Ibnu Abdil Bar, Ibnu Rusyd, al-Idrisi, Abu Bakar Yahya bin Sa’dun bin Tamam al-Azdi, Qadhi al-Qurthubi an Nahwi, al-Hafizh al-Qurthubi, Abu Ja’far al-Qurthubi dan banyak lagi.

Disebalik kemakmuranmu dulu, kini ramai yang menangisimu. Islam kembali dagang di bumi Andalus, bukan asing dan terasing. Tetapi menanti waktu, kerana fajar mentari seolah – olah menunggumu selalu. Itulah saksi, keagunganmu dulu.

Salah silap mohon teguran

73_1

Selimutsura@ http://www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com

Saujana Melawati, Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s